Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA MACAM CAKAP ?

KALO JUMPA AHLI UMNO, RAMAAAAI ! MACAM-MACAM RUPA DAN GAYA, KALO JUMPA PARTI UMNO MACAM MANA RUPA PARTI UMNO ? PARTI UMNO BOLEH BERCAKAP KE ?  ORANG PAS BILA BERCAKAP BIAR TERANG !!!  - Pak Karamu


Pas perlu dekati ahli Umno, bukan parti
Pas perlu dekati ahli Umno, bukan parti
Iskandar
 
SHAH ALAM - Semua ahli Pas diingatkan untuk mendekati ahli-ahli Umno, tetapi bukan partinya. 
 
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ahli Pas perlu dekati mereka untuk ditarik masuk ke dalam Pas.

“Dekati ahli Umno, bukan Umno. Ramai daripada mereka (ahli Umno) telah mulai kecewa dengan parti mereka dan adalah menjadi tugas ahli-ahli Pas untuk menarik mereka ke dalam Pas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, oleh itu, tawaran persahabatan yang dihulurkan adalah kepada ahli Umno.

“Saya yakin ramai daripada mereka yang tertunggu-tunggu untuk keluar Umno, oleh itu Pas mesti membuktikan mereka adalah alternatif yang meyakinkan,” katanya.

Menurutnya, di Selangor pada kempen keahlian tahun ini, hampir 6,000 orang memohon menjadi ahli Pas dalam masa tiga minggu dan kempen terbaharu akan dilancarkan Januari depan.

“Masa untuk Umno sudah berlalu. Pas mesti menunjukkan kemampuan sebagai parti masa depan dan menjadi pencetus inisiatif politik baru dan bukan sekadar menjadi pengikut di belakang,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.