Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hadi adakan kunjungan muhibah ke gereja di Miri
Hadi adakan kunjungan muhibah ke gereja di Miri
Hadi (dua kiri) ketika mengadakan kunjungan muhibah. - Foto ihsan Penerangan dan Hubungan Pas
 
SHAH ALAM - Presiden Pas merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongan melakukan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba Miri, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pas menerangkan, pertemuan pemimpin utama Pas itu diadakan bersama Naib Pengerusi Majlis Gereja, Rev. Father Alfred dan Bishop Warden, Edwin Dundang.

“Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.

“Islam adalah agama perdamaian dan Pas sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang,” kenyataan itu dipetik..

Turut bersama dalam rombongan ialah AJK Pas Pusat dan Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili dan Ketua Pemuda Pas Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo serta beberapa ahli Pas.

Presiden Pas dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program Pas Sarawak di Miri iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden Pas dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak).

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.