Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPRM AKAN BERTINDAK

SPRM jawab dakwaan kes SRC, RM 2.6b
0
Datuk Bahri Mohamad Zin
Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin.
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini tampil sekali lagi menjelaskan dua dakwaan yang dibuat berhubung siasatan ke atas kes SRC International dan derma RM2.6 bilion. 
 
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, pasukannya telah diberi panduan dan amanat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa pasukan siasatan mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas iaitu sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan akhbar dan portal yang memetik tulisan Tokoh Wartawan Kebangsaan, Datuk A Kadir Jasin berkaitan kes SRC International dan RM2.6 bilion.

Kadir melahirkan harapan tinggi terhadap kenyataan Abu Kassim baru-baru ini dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian sebagai benar dan bukan satu muslihat.

“Pengurusan tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas.

“Pasukan siasatan yang terlibat dalam kes ini menghormati dan berbangga dengan ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull dalam kes ini,” katanya.

Katanya, beliau bagi pihak SPRM memberi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan dengan bebas, telus dan profesional.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.