Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI SEGI MORAL ISLAM PAS WAJIB BERTANDING

Orang islam Sarawak jika tak mahu mengundi parti islam itu bukan soalnya, apa yang penting dari sudut dakwah parti islam wajib ada, dan dasarnya tetap memenuhi  syarat agama, jika dasarnya kabur maka itu bukan islam namanya, andainya parti islam tidak bertanding disana maka ia suatu kesalahan pula dari sudut dakwah agama jadi PAS wajib bertanding ! - Pak Karamu                                                                                                                                                                                                     
 
 
PRN Sarawak: Paling kurang 11 kerusi Pas
2
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
 
KOTA BHARU - Merupakan satu keperluan bagi Pas untuk bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi Dun Sarawak, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 
 
Menurutnya, keperluan tersebut diperoleh daripada kajian yang dilakukan pihaknya dan sekaligus ia menjadi parti alternatif kepada mana-mana pengundi yang tidak mahu mengundi DAP dan Umno.

"Samada kalah atau menang, itu bukan keutamaannya. Itu isu lain. Sejak dari dulu lagipun kita memang bertanding di Sarawak dan kerusi semakin bertambah. Kajian juga telah membuktikan satu keperluan untuk kita bertanding di sana,"katanya kepada media di sini.

Mohd Amar berkata, Pas tidak memandang kemenangan secara menyeluruh sebagai faktor utama, namun apa yang penting ialah penglibatan pemimpinnya bersama masyarakat melalui ceramah dan kempen.

21 orang berkata:

Anonymous said...

"Dari segi moral Islam dan demi kepentingan rakyat bukan umno atau pas, PAN wajib bertanding di Kelantan. PAN boleh menjadi parti alternatif. Rakyat yang sudah bosan dengan karenah Pas dan Umno boleh mengundi PAN", tambahnya.

Profesor Haron Daud menegaskan bahawa tiada sesiapa dalam undang-undang negara boleh menghalang mana-mana parti atau individu untuk bertanding jika tidak menyalahi undang-undang pilihanraya. Mereka yang menyekat orang lain bertanding adalah tidak bermoral.

Anonymous said...

Klu x nak menang, klu setakat nak jd penasihat, wat apa buang masa dan duit pengundi. Baik serah kat Pan lawan umno. Gi duduk putrajaya sana, senang hari2 bole jumpa najib bagi nasihat

Anonymous said...

Klu betul2 nak jadi penasihat kenalah istiqamah. Nak bagus, daftarkan Pas jadi NGO Penasihat @ dakwah di bawah Umno sekali. Senang sikit nak buat kerja.

Anonymous said...

Tahun 1981 masa nak buat amanat dulu dia guna ayat quran lain. Skang 2015 bila nak jadi penasihat umno, dia guna ayat quran lain pulak. Ayat Quran yg masa nak buat amanat dulu dia dah tak nak rujuk.

Amanat 1981 tu dah tarik balik ke?
Bila tarik balik?

Anonymous said...

Tlg la jgn guna Islam utk tipu org melayu. Tlg la

Anonymous said...

Siapa nak mengundi siapa ni masalah hati.Hati manusia ni milik Allah.Allah shj yg boleh membuka hati org Sarawakian untuk mengundi Pas.Org Sarawak pun mmg dah lama kenal Pas.Teruskan ..Pas bertanding bukan 11 tapi separuh daripada .kerusi DUN Sarawak iaitu 44 Dun.Pedulikan Dap Pkr Dan PaN.InsyaAllah Pas akan mendapat banyak kerusi dlm PRN Sarawak kali ini.

Anonymous said...

Apa tanding 11 aje, patutnya tanding semua 44 kerusi. Menang 23 kerusi, hj hadi boleh jadi KM Sarawak. Pas - Umno kan ada kerjasama. Najib boleh suruh umno undi calon Pas

Anonymous said...

Saya cadangkan Pan letak calon di tempat Pas bertanding. Nak tengok nik amar gigit jari ker tak...

Anonymous said...

Tolong jgn buat amanat baru sapa tak undi pas jadi kapir pulak

Anonymous said...

Harap2 semua calon pas di sarawak tu semuanya org islam

Anonymous said...

Org Semenanjung mana boleh bertandingndan jadi calon di Sabah Sarawak.Tahu undang undang ke tak undang undang org yg suruh hj Hadi jadi KM Sarawak..

Anonymous said...

Org sarawak tak payah undi pas la. Pas bukan nak menang pilihanraya. Pas cuma nak jadi penasihat umno. Baik korang undi parti lain

Anonymous said...

Percayalah PAN tak kan mendapat tempat dihati org Melayu Melanau Islam kerana Pan proksi parti lain.Org Melayu Melanau Islam semua sudah sedia maklum.Tak kira di semenanjung atau sabah sarawak.Siapa PAN org sudah tahu asal usul dan hujung pangkalnya.

Anonymous said...

Kalau sarawak nak maju mcm kelantan, ambik la hadi jadi KM. He3

Anonymous said...

Tak apa. Pan boleh jadi parti alternatif. Sapa tak nak undi bn atau Pas, mereka boleh undi Pan

Anonymous said...

Org kafir tak boleh jadi calon pas. Dlm islam tak boleh pilih calon kafir.

Anonymous said...

Org Pas akan sokong bn di sarawak sbg hadi sokong najib. Sbg tu jgn undi pas.

Anonymous said...

Org swak klu undi pas maknanya mcm undi umno. Korang nak ker?

Anonymous said...

Undi Pas untuk undi suara Islam suara keadilan suara keamanan suara kesejateraan suara ulama

Anonymous said...

Orang Iban Murut dan Melayu Melanau sudah ramai yg menyokong Pas.Pas sarawak sudah ramai DHPP dan boleh jadi calon di kawaaan majoriti Cina Iban Murut Kenyah dll.Sebab tu Pas kena bertanding di 44 kerusi Dun dlm PRN nanti.20 kerusi di majoriti Melayu Melanau 10 kerusi majoriti Cina 10 kerusi Majoriti Iban Dayak.

Anonymous said...

Berdakwah tak sama dengan rebut kerusi. Apa kata pas tumpu 100% pd dakwah dulu. Bila cukup ramai terima dakwah pas, baru bertanding. Kalu tak buat perabih duit deposit ja.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.