Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMIKIANLAH TAKDIR

Tragedi air terjun: Imam surau seorang pemurah ilmu
Tragedi air terjun: Imam surau seorang pemurah ilmu
(Dari kiri) Nurul Arifah,16, Nurul Adila @Salawati Awang,39, Abdul Halim Samian,44,Nurul Aina ,11 dan Nurul Izah (hadapan). Walau bagaimanapun anak bongsu, Mohd Hasif, 9 (hadapan) terselamat kerana tidak mandi bersama ahli keluarganya.

KUALA SELANGOR - Abdul Halim Samian, 44, imam surau yang mati lemas ketika mandi bersama keluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu hari ini, merupakan seorang dermawan dan tidak lokek kongsi ilmu agama.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Dakwah Surau Al-Fuqran Fasa 2, Bandar Puncak Alam, Ahmad Latphy Ismail, 55, berkata arwah yang merupakan imam surau itu telah mewakafkan sebuah rumah teres dua tingkat di sini untuk dijadikan sekolah agama.

"Arwah juga merupakan pelopor kepada projek infak barangan dapur untuk fakir miskin di kawasan ini dan sangat mengambil berat mengenai hal kebajikan anggota kariahnya," kata Ahmad Latphy ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Turut terkorban dalam kejadian itu isteri Abdul Halim, Nurul Adila@Salawati Awang, 39, dan tiga anak perempuan mereka - Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.

Anak bongsu pasangan itu, Mohd Hasif Abdul Halim, 9, bagaimanapun selamat. 

Seorang lagi anggota kariah surau berkenaan, Aziz Maharom, 42, pula menyifatkan Abdul Halim seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu agama.

"Arwah mengajar pelbagai kelas agama di surau ini antaranya kelas mengaji al-Quran, kelas pengendalian jenazah, kursus pelaksanaan korban dan kursus nikah kahwin.

“Kehilangan arwah semestinya akan amat dirasai kerana arwah sekeluarga sentiasa meluangkan masa di surau ini walau sibuk mengendalikan urusan perniagaannya," katanya.

Beliau berkata, difahamkan kesemua mangsa akan dikebumikan di kampung isteri Abdul Halim di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.