Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN TERPERANGKAP DENGAN UNDANGAN INI

Pakatan Harapan buka pintu untuk Pas
SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB
 
SHAH ALAM – Pakatan Harapan sentiasa membuka pintu buat Pas bagi sebarang perbincangan berhubung dengan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April depan. 
 
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, Pas berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan Dun yang dikehendaki memandangkan parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Dulu ketika dalam PR, semua keputusan yang dibuat adalah secara bersama tapi bila Pas bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan, mereka (Pas) berhak untuk bertanding di mana sahaja yang mereka kehendaki.

“Namun begitu, kita (Pakatan Harapan) sentiasa buka pintu buat Pas bagi mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi di PRN Sarawak nanti,”  katanya ketika dihubungi Sinar Harian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee yang menyatakan parti itu akan bertanding di lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada PRN Sarawak ke-11.

Jelas Salahuddin lagi, Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kawasan Dun Sarawak memandangkan parti itu bukan lagi termasuk dalam gabungan parti pembangkang yang mahu berdepan BN.

“Kita (Pakatan Harapan) tak pernah halang mereka (Pas) kalau mereka nak bertanding walaupun Pakatan Harapan sendiri meletakkan matlamat untuk pertembungan satu lawan satu supaya rakyat nampak dengan lebih jelas gabungan ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.