Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJASAMA, BUKAN GABUNGAN

SIAPA KATA GABUNGAN TU TANDA TAK FAHAM ISLAM, TU TAK FAHAM BAHASA MELAYU, MANA MUNGKIN DUA PARTI YANG DASAR BERLAINAN DUDUK DALAM SATU RUMAH ? YANG KATA GABUNGAN TU MEREKALAH YANG SELALU BUAT PROVOKASI PADA AHLI PAS, MEREKA MENYANGKA AHLI PAS NI BODOH-BODOH BELAKA (MACAM SEORANG NAIB PRESIDEN PAS TU TUH  JUGA) , SEBAB PAKAI KETAYAP, PAKAI KAIN DAN SELIPER JEPUN.  TU SEBAB AHLI PAS MACAM ORANG TAK SEKOLAH, TAK DE TAMADUN, TU SEBAB PAS SELALU KENA BULI - Pak Karamu
 
 
‘Benda baik kita perlu sokong’
Umno Pas
Grafik Sinar Online
 
PASIR MAS - “Ini bukan penyatuan tetapi hanyalah kerjasama.” Itu tegas Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas mengenai 'tali silaturahim' yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Menurutnya, kedua-dua pimpinan tertinggi parti Pas dan Umno itu faham yang dimaksudkan adalah kerjasama dan bukannya penyatuan seperti digembar-gemburkan.

Nik Muhamad Abduh berkata, Pas tetap kekal sebagai pembangkang, manakala Umno terus kekal sebagai pemerintah.

“Kerjasama Pas dan Umno ini adalah demi kepentingan agama dan rakyat.


"Sepanjang yang dibincangkan, kita tidak menyebut perihal gabungan antara Pas dan Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada murid kurang berkemampuan di Parlimen Pasir Mas.

Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno itu dijangka membuka dimensi baharu dalam landskap politik Malaysia pada masa akan datang.

Katanya, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua parti bersaing secara sihat dan lebih terbuka dalam usaha menarik sokongan rakyat.

“Jika Umno buat benda yang baik,  Pas akan sokong. Sebagai pembangkang, Pas tidak boleh asyik nak bangkang perkara baik yang dibuat oleh Umno dan itu bukan politik sihat.

“Begitu juga dengan Umno, jika Pas atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu buat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh berkata, ramai yang mahu kedua-dua parti itu bergabung tetapi Pas telah menyatakan syarat iaitu berpegang kepada tali ALLAH.

“Kita lihat semua ahli politik menyeru ke arah perpaduan tetapi belum ada yang mengajak untuk berpegang kepada tali ALLAH.

“Hanya kita sahaja yang mengajak ke arah berpegang kepada tali ALLAH. Itu beza Pas dengan orang lain. Kita ajak bersatu dan asas kepada tali ALLAH. Pas berpisah dengan DAP sebab mereka tidak menghormati pendirian kita berpegang kepada tali ALLAH. Bila tak hormat kita keluarlah,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.