Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI RAKYAT MALAYSIA DIBAWAH MISKIN MELAMPAU

Tubuh jawatankuasa bincang kos sara hidup
Tubuh jawatankuasa bincang kos sara hidup
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Penaung Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) berucap pada perasmian Majlis Deklarasi Prioriti 2016 bertemakan 'Ekonomi Keutamaan Kita' anjuran YDSM hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi akan ditubuh bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup. 
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.

Beliau berkata, menteri terlibat ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Menerusi jawatankuasa ini, saya akan menjemput pengerusi NGO untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan sendiri luahan dan pandangan berhubung isu kos sara hidup," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Deklarasi Prioriti 2016 - Ekonomi Keutamaan Kita di sini hari ini.

Majlis anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) yang turut dihadiri Pemegang Amanahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu disertai 50 NGO pelbagai kluster. 

Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa itu dijadual bermesyuarat pada awal Januari depan bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh 50 NGO berkenaan.

Pada majlis itu, Alimuddin membentangkan enam resolusi yang dicapai NGO terbabit dan YDSM dalam menangani cabaran ekonomi 2016 termasuk kos sara hidup.

Resolusi itu adalah memperkasa kemapanan mahasiswa dengan memberi dorongan dan bantuan yang komprehensif untuk menjadi penggerak dan penjana utama ekonomi; memperkasa peranan wanita melalui skim latihan keusahawanan, penubuhan koperasi barang dapur, biro pengurangan beban hutang keluarga dan institut pembantu rumahbertauliah; serta memupuk dan meluaskan budaya keusahawanan di semua peringkat termasuk usahawan seni, budaya, kesihatan dan kecantikan.

Resolusi lain adalah memfokuskan kepada agenda 'satu keluarga satu usahawan'; memastikan kesejahteraan hidup miskin bandar, miskin tegar, golongan kelainan upaya dan warga emas; serta melaksanakan pelan tindakan drastik dalam penguatkuasaan kawalan harga barangan.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Ahmad Zahid berkata jawatankuasa itu merupakan kesinambungan kepada Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang turut dipengerusikannya.

"Apa yang dibincangkan oleh jawatankuasa peringkat tertinggi ini akan dibawa ke jawatankuasa kabinet untuk diambil langkah sewajarnya," kata timbalan perdana menteri.

Beliau bagaimanapun meminta pemimpin NGO dan rakyat memahami faktor yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti pengangkutan awam serta tol.

"Marilah kita sama-sama tidak menunding jari tetapi sebaliknya mencari jalan terbaik, apakah cara holistik untuk menangani kos sara hidup.

"Ini tentunya melibatkan perjanjian-perjanjian konsesi beberapa projek raksasa sebelum ini dan harus dilihat kos sara hidup ini bergantung juga kepada bahan-bahan import yang secara relatifnya mempunyai hubungan dengan kos pengeluaran dan kos pengimportan," katanya. - Bernama

2 orang berkata:

PROGRAM DANA GAIB said...

Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya

; KLIK KHUSUS TOGEL 2D 3D 4D 6D

mmjiaxin said...

hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
tommy hilfiger
nike outlet store
michael kors canada
ray ban outlet
ugg boots on sale
kate spade uk outlet
beats by dre
nike mercurial
ugg outlet store
true religion uk outlet
hollister clothing store
ugg boots
prada sneakers
polo ralph lauren
fitflops outlet sale
mm0114

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.