Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUJAH BERTEPATAN DENGA HAL EHWAL SEMASA

Penyatuan Umno-Pas melangkaui batas politik
Ahmad Mua’adzam Shah Yaa’kop
Ahmad Mua’adzam Shah Yaa’kop
 
 
SHAH ALAM - Gabungan Umno dan Pas tidak akan mengubah landskap politik Selangor tetapi mampu memberi manfaat terhadap perpaduan ummah yang melangkaui isu-isu politik seperti tekanan agama dan keistimewaan hak Bumiputera. 
 
Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah Yaa’kop berkata, kepentingan agama dan hak orang Melayu akan terpelihara sekiranya penyatuan yang disuarakan benar-benar berlaku.

“Kalau Umno dan Pas bergabung saya nampak pihak pakatan akan sukar untuk menghalang apabila kita mempertahankan atau mencadangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan agama serta bangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, penyatuan boleh disifatkan sebagai satu unit yang melengkapi antara satu sama lain di dalam kedua-dua buah parti.  

“Penggabungan akan menggalakkan kerjasama antara parti terutama di peringkat akar umbi dan kekurangan kedua-dua buah parti juga dapat ditampung bersama melalui usaha penyatuan ini,” katanya.

Menurutnya, hasrat gabungan juga bertujuan untuk membentuk keharmonian di antara parti hingga ke peringkat akar umbi bagi mentadbir sesebuah kerajaan dengan baik.

“Inti pati sebenar penyatuan adalah untuk memberi manfaat pada perpaduan ummah yang dapat menyelamatkan agama dan bangsa serta membantu mendapatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu ketetapan perlu dilakukan supaya serangan ke atas agama dan bangsa dapat dipatahkan melalui penyatuan kedua-dua buah parti politik.

“Kita sendiri tengok semakin banyak serangan ke atas agama berlaku dengan sewenang-wenangnya sekarang ini seperti kes Alvin Tan, Namewee dan penganjuran program ‘I want to Touch A Dog’.  

“Kalau tak ada satu ketetapan ia akan menjadi gerakan biasa dan sukar dikawal lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap kerjasama yang disuarakan oleh presiden kedua-dua buah parti tidak bersifat kepentingan peribadi yang akhirnya membawa keuntungan pihak lain.

“Kalau penyatuan ini ada tujuan lain ia tidak akan memberi manfaat apa-apa kepada kedua-dua buah parti melainkan mereka yang berada di tengah-tengah.

“Jadi, tak guna bergaduh sesama sendiri untuk menentukan seiapa yang berkuasa kerana perkara yang paling asas kita perlu sama-sama jaga ialah agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya

http://prediksinomortogelhariini.blogspot.co.id/2015/10/khusus-calon-member-yang-mau-mendaftar.html

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.