Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IDRIS LETAK AKAI DIA DI LUTUT, TERHIDU VIRUS HARUM MANIS ?

IDRIS AHMAD NAIB PRESIDEN PAS PUNYAI DAYA PENGURUSAN KEMANUSIAAN YANG LEMAH, DIA TIDAK BANYAK MEMBANTU PARTI MENJADI KUKUH, MALAH DIA SUDAH TIDAK LAYAK MEMBUAT SEBARANG KENYATAAN PARTI KERANA DIA SEBENARNYA PEMIMPIN YANG LEMAH. MEMBUAT KENYATAAN YANG BOLEH MELEMAHKAN SEMANGAT AHLI PARTI BUKANLAH SIFAT SEORANG PEMIMPIN YANG DIPERLUKAN OLEH SESEBUAH PARTI ATAU PERTUBUHAN, KERANA ITU PAS PERLU LEBIH BANYAK BAGI TARBIYAH PENGURUSAN KEPADA PIMPINANNYA - Pak Karamu
Kenyataan Idris buat ahli runsing
 Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyeru individu dalam Pas yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan parti, telah merunsingkan ahli Pas. 
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ramai ahli berpandangan kenyataan Idris seperti mengiakan wujud usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, bekerjasama atau bertahaluf siyasi dengan Umno-BN. 

“Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. 

“Kalau ahli biasa Pas, mereka percaya Ustaz Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha dilakukan ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Idris dilaporkan berkata, individu dalam parti itu yang teringin untuk bergabung dengan Umno perlu meninggalkan Pas.

Beliau turut menyenaraikan beberapa tokoh Pas sebelum ini yang pernah meninggalkan Pas untuk bersama Umno seperti Ahmad Fuad Hassan, Tan Sri Asri Muda dan Nakhaei Ahmad.

Menurut Mahfuz, kenyataan Idris juga seolah-olah menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan Pas.

“Satu pihak yang hendak bergabung, bekerjasama atau bertahaluf dengan Umno-BN, manakala satu pihak lagi menentang. 

“Saya tidak pasti siapa dalam kalangan mereka. Tetapi kenyataan Ustaz Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan dalam kalangan ahli biasa Pas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli Pas turut berasa hairan dengan kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli Pas yang menentang kerjasama Pas-Umno perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Mereka (ahli Pas) menyatakan bagaimana Ahmad Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

“Saya percaya kerisauan ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan kepastian,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Mu panas doh ko..pok kore

Hamba Allah said...

Mahfuz jangan dok kalot pasai orang lain...perbaiki diri awak tu dulu sebelum nak jaja cerita orang..

Anonymous said...

Bro..apa yg mahfuz kena baiki..pas yg tgh rosak nk tenggelam sekarang..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.