Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SELANGOR BINCANG

Pas Selangor bincang pendirian parti
0
Ahmad Yunus Hairi
 
SABAK BERNAM - Pas Selangor dijangka mengadakan mesyuarat peringkat negeri bagi membincangkan pendirian parti itu tentang kerjasama dengan Umno demi perpaduan dan kemaslahatan Islam. 
 
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mencari kata sepakat berhubung kerjasama yang ingin dibentuk antara dua parti itu.

“Saya dimaklumkan satu atau dua hari ini, kita akan adakan mesyuarat di peringkat Pas negeri untuk kita bincangkan apa yang terbaik demi kemaslahatan Islam,” katanya.

Beliau berkata, Pas amat menyambut baik dari segi perpaduan Islam yang bukan saja dari segi politik, tetapi dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

“Kita sangat mengalu-alukan soal perpaduan Islam seperti yang dituntut dalam al-Quran. Tetapi dari soal politiknya, kita pegang kepada dasar Islam itu sendiri,” ujarnya.

Ditanya adakah hubungan Pas dan PKR mungkin terjejas dengan kerjasama itu, Ahmad Yunus berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu tetap kekal kukuh kerana dalam PKR juga mempunyai masyarakat Islam.

1 orang berkata:

mosabit said...

anak ayam berteraburan dik bapak ayam yg suka jadi anjing utk menyalak babi dlm bukit....labu labu...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.