Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gabung Dengan UMNO, Rujuk Media Parti

Kenyataan Media 28
Gabung Dengan Umno, Rujuk Media Parti
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
21/12/15

Sejak Multaqa Ulumni Al Azhar yang berjaya tampilkan Tuan Guru Haji Abd Hadi dipentas yang disediakan oleh proksi kerajaan telah membuktikan PAS tidak akan ikut agenda orang lain, tetapi ikut apa yang diajar oleh agama. Heboh diperingkat media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan UMNO. Ingin saya tegaskan bahawa PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, dan Muktamar.

Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi. PAS pernah kehilangan Yang Dipertua Pas Ustaz Hj Ahmad Fuad, Datuk Asri Hj Muda, Naib Presiden Pas Ustaz Nakhaei Ahmad, Panglima Jihad Ust Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ust Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang lari bersama Umno. Persoalannya adakah Pas lemah?  Pas tetap hebat,  kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, InsyaAllah PAS berdiri gagah.

Ahli PAS dan penyokong mesti jadikan Harakah dan Harakahdaily sebagai rujukan keputusan parti. Hadir ke program dan dialog bersama pemimpin PAS. Dapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti bukan pandangan peribadi. Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif,  mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan PAS.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.