Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kes belum tentu ada

Isu RM2.6b, SRC: AG tentukan ada kes atau tidak
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar
 
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AG) pada akhirnya yang akan menentukan sama ada kontroversi berkaitan isu derma RM2.6b dan SRC International sejak setahun ini sebagai ada kes atau tidak. 
 
Sehubungan itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berharap penelitian mengenainya dibuat sebaik mungkin.

“SPRM akan hantar laporan itu kepada AG, jadi biarlah AG yang melihat kembali dokumen-dokumen itu dan menilai sama ada, laporan itu ada kes atau tidak.

“Kerana kuasa mendakwa itu di tangan AG, jadi, terserah kepada AG buatlah dengan telus dan adil,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM sudah berada di peringkat akhir siasatan dan siasatan kedua-dua kes itu sedang dikemaskini untuk diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.

Dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.

Katanya, walaupun siasatan sedikit terganggu dengan  beberapa insiden seperti yang sudah diketahui umum, namun pasukan penyiasat SPRM dapat berada pada landasan yang betul dan berjaya melaksanakan tugas siasatan dengan profesional.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.