Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA YANG CAKAP BESAR MULA KENDUR

Memang ada pihak tidak selesa Umno-Pas bersatu
0
Mohamad Satim
Mohamad Satim

PUCHONG – “Memang akan ada parti lain (pembangkang) tidak selesa apabila bangsa majoriti mula bersatu, bagi saya perasaan itu timbul kerana anggap‘cita-cita’ masa depan mereka mungkin akan gagal,” kata Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Dr Mohamad Satim Diman. 

Mengulas kewajaran kerjasama Umno-Pas ketika ini, Mohamad Satim berkata, ia petanda baik penyatuan ummah yang kini berdepan cabaran apabila bangsa Melayu dilihat sudah mula berpecah.

“Kita lihat sekarang ni tiada cara lain selain daripada kena bersatu dan bertoleransi dalam bentuk persefahaman antara satu sama lain,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Badminton Tertutup Warga Puchong Badminton Team, di Puchong Utama, hari ini.

Beliau berkata, bangsa Melayu perlu mengambil iktibar di atas apa yang berlaku selama ini, parti pembangkang yang bersifat perkauman mengambil kesempatan untuk merosakkan dan mewujudkan perpecahan dalam bangsa Melayu.

“Kita tahu apa cita-cita mereka (parti pembangkang), sekarang ni kena melihat permasalahan dan sejarah, sejak kebelakangan ini nampak perpecahan ketara antara Melayu, sedangkan sebagai kaum majoriti perlu menjadi contoh kepada bangsa lain,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau mengalu-alukan jika Umno dan Pas bersatu dengan mengikut kata pepatah ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.

“Sudah tiba masanya kaum Melayu bersatu apatah lagi dalam konsep seagama dan sebangsa, parti lain memang nampak tidak selesa, mereka tidak hormat pemimpin cuba lihat apa yang dilakukan sebelum ini termasuk kejadian memijak gambar pemimpin,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Dah habis kau bedal duit rakyat..nak ajak bersatu konon..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.