Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT SABU TIADA MARUAH

TAFSIRAN MAT SABU DALAM PERCATURAN POLITIK ADALAH TIADA MARUAH, KITA SUDAH KATA JIKA AGAMA YANG MENJADI DASAR DIPERTIKAIKAN OLEH DAP MAKA KITA SEBUT IA TIADA MA'AF DAN TIADA TOLAK ANSUR, YANG LAIN BOLEH LAGI KIRA BICARA, PADA MAT SABU KITA MAKLUM, DIA MEMANG TIADA MARUAH, SEKALIPUN IA DISEBUT DAN DIKAITKAN DENGAN POLITIK - Pak Karamu                
 
 
Pas silap besar 'ceraikan' DAP, kata Mat Sabu
 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
PENDANG - Tindakan Pas ‘menceraikan’ DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. 
 
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

“Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

“Malah tuduhan sebagai ‘barua DAP’ itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh,” katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

“Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

“Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.

5 orang berkata:

Unknown said...

Mat sabu dah jadi kelabu akibat terlalu taksub dgn dap.

Anonymous said...

lebih baik kelabu dgn DAP drp HADI terhegeh2 nak beromen dgn UMNO..dua parti yg dah capa umur bersara..PAS berlagak berkata..PAS telah berpuluh tahun bertapak di sarawak...TAK KAN DAH BERPULUH TAHUN...SATU KERUSI PUN BELUM BOLEH MENANG?

Anonymous said...

Yang tak ada maruah nya kau dan Hadi presiden kau tu.ramai orang benci umno kau dan hadi sokong dan ingin bersma Umno .ada maruah ke.?

Anonymous said...

The best of the best opsyen ialah Pas dan Umno buat pakatan sulit du luar BN dgn butirannya:
1.Pas boleh bertanding di kawasan yg asa lebih 35 % pengundi melayu islam di mana Dap lawan Mca lawan Pas dan penyokong umno melayu sikong Pas.
2.Memberi laluan kpd Pas di sesetengah kawasan dan sebaliknya kpd Pas.
3.Hudud diberi laluan utk diimpliment
4.BN Sarawak khas Pbb memberi peluang kpd Pas memenangi 3 Kerusi Dun dlm PRN akan dtg.

Anonymous said...

Meroyan lg DAP tolak agama. DAP tolak hudud je sama macam PKR tolak hudud. Sama mcm UMNO. BN tolak hudud. Tapi sbb Hadi single out DAP aje yg lain mengukut je, tak guna akal, wirid je DAP tolak Islam.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.