Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH CERITA POLITIK KAUM TU SEBENARNYA



ORANG MELAYU TAK TAHU CARA POLITIK  KAUM CINA, KAUM CINA SUKA JIKA UJUD PERPECAHAN DIANTARA PARTI-PARTI SESAMA MELAYU, KERANA MUNGKIN DISANA ADA FAEDAH UNTUK KAUM ITU
GUAN ENG KATA DIA TIDAK BUAT SEBARANG KENYATAAN TENTANG PERHUBUNGAN ANTARA UMNO DAN PAS. DIA HANYA SENTUH "Saya hanya sebut MCA kerana ia salahkan saya apabila Umno dan Pas bekerjasama,” katanya." . ORANG RAMAI BOLEH ATAU TIDAK BACA CARA POLITIK KAUM INI ? MEREKALAH PEMECAHBELAH RAKYAT - Pak Karamu

Kerjasama Umno-Pas: Jangan kaitkan DAP
0
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta beliau tidak dikaitkan dengan kerjasama Pas dan Umno kerana ia adalah hal keluarga kedua-dua parti itu.
Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Yap Lee Ying berhubung mesej palsu yang menggunakan akaun Twitter miliknya.

“Dari senarai mesej dalam akaun Twitter saya, mesej palsu tidak dipaparkan. Ini menunjukkan, saya atau Lee Ying sebagai admin yang menguruskan laman media sosial saya tidak pernah menulis perkara itu.

“Saya tidak pernah mengeluarkan mesej berhubung kerjasama Pas dan Umno. Janganlah kaitkan saya dalam hal ini. Saya tidak mahu masuk campur kerana ini hal keluarga Pas dan Umno,” katanya kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat ini adalah palsu dan berniat jahat kerana cuba mengaitkannya dengan kerjasama yang dijalinkan Umno dan Pas.

“Saya tidak pernah keluarkan komen apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tawar untuk adakan kerjasama dengan Pas. Bagi saya, itu hal mereka, jangan kaitkan saya dan DAP dalam hal ini,” katanya.

Guan Eng berkata, tindakan itu adalah taktik kotor sengaja mengheretnya dalam isu Pas dan Umno.

“Sejak perhimpunan agung Umno 2015, saya tidak pernah keluar kenyataan berhubung kerjasama kedua-dua parti itu. Saya hanya sebut MCA kerana ia salahkan saya apabila Umno dan Pas bekerjasama,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.