Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAK GHFAR BABA FIKIR DASAR PAS MACAM DASAR UMNO YANG SEKULAR

Tamrin silap, Abdul Hadi tak akan ditolak ahli Pas
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan ditolak oleh ahli Pas sebagaimana ahli Umno menolah Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.  
 
Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Abdul Hadi merupakan pemimpin yang bebas daripada kontroversi. 

‎"Apa yang berlaku dalam Umno adalah kerana krisis dalaman parti yang melibatkan presidennya sendiri. Krisis tersebut juga berpunca daripada beberapa isu. 

"Apa yang berlaku dalam Pas pula adalah berkenaan pendirian presiden yang berasaskan politik matang. Kita melihat penyelesaian kepada masalah dalam negara adalah kembali kepada Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ‎bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ke atas Abdul Hadi. 

Semalam, Tamrin mendakwa bahawa ahli Pas akan menolak Abdul Hadi sebagaimana ahli Umno menolak Najib.


Muhammad Khalil dalam pada itu turut menyifatkan pandangan Tamrin sebagai perbandingan yang tidak tepat.

"Itu perbandingan yang tidak ada asas sebenarnya. Kenyataan dia itu tidak tepat," katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Memang tak sama.
Sorang penyamun
Sorang penasihat penyamun

Sorang kaki penyamun
Sorang kaki maki hamun

Anonymous said...

Minggu lepas balik kg bini di manong, kuala kangsar. Sempat berlabun dgn kawan2 sekg di gerai makan laksa.

Ada 2 jenis manusia. Satu otak pas. Mati2 percaya hadi dah bawa bill hudud di psrlimen. Sya cakap bukan bill hudud tapi cuma RUU aje. Dema kata saya yg silap. Ikut suka dema la.

Satu jenis lagi otak umno. Sya tanya gst dema kata bagus. Ada 400 barang tak naik harga. Ikut demer la. Droyan aje tak naik rega kot. Sya pancing 1mdb, dema mula hot, sya pancing derma 2.6 demer lagi hot. Sya siram minyak. Tapi cara demer cakap tu gaya muhidin dan mahatir.

Sya jolok pasal kejasama pas-umno. Demer mcm tak sebulu. Sana ngata sini, sini ngata sana. Bunyi mcm magnet +ve tak bole join -ve. So saya rasa yg atas aje nak join, yg bawah suka lagi kat mat sabu. Demer puji pulak mat sabu & hussam.

Saya pancing pasal calon klu pas umno join politik. Manong ni umno punya. Pas tak bole masuk. Otak pas pulak kata, melayu ramei, bagi pas calon dulu. Gilir2. Ada pulak demer kata nak boikot.

Sya buat kesimpulan. Org bawah dah kucar kacir. Apapun sya jugak yg bayar 7 pinggan laksa dan 7 mangkuk cendul.habis jugak dekat 40 hinggit. Kira sedekah la kat org kg sbb tine ni pun demer noreh getah aje. Deroyan bunga pun belum lg....

Anonymous said...

Otak bloger Pakkarmu ni pun dah tak bolih di beritahu kalau perkara yang benar.pakkarmu akan mempertahankan hadi sehinggakan kincit pada jubah hadi pun dia kata pewangi.jenis manusia macam ni.kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.Hadi akan meletak jawatang ,hadi akan berundur,hadi akan dihumban kleuar.hadi akan muhasabah diri atau hadi akan kekal dalm Pas dan pas akan berterabur.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.