Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUCUK PIMPINAN PAS KENA YAKIN DALAM MEMBUAT KENYATAAN POLITIK

PUCUK PIMPINAN KENA BERHEMAH APABILA MEMBUAT KENYATAAN,  JANGAN SEKEJAB KATA TAK DE MASALAH SEKEJAB ADA PULA MASALAH, TERUTAMA APABILA BERHADAPAN DENGAN MUSUH POLITIK, JANGAN KELUARKAN KENYATAAN SEOLAH-OLAH MENGEMIS JANJI YANG DIBUAT OLEH MUSUH POLITIK - Pak Karamu
 
 
Nik Abduh: Siapa kata Pas sekarang retak?
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
SHAH ALAM – “Siapa mengira berlaku keretakan dalam kepimpinan utama Pas hari ini, dia seperti sang dahaga yang menggoyang batang kelapa untuk mendapatkan air kelapa muda,” demikian ujar Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.  
 
Menyanggah dakwaan terbabit, beliau berkata, Pas sebaliknya berada di bawah kepimpinan yang betul dan bergerak di landasan tepat. 

“Pas kini bergerak di antara kecenderungan tinggi untuk menggali nas-nas ugama dan budaya 'fact and figure' di dalam menentukan hala tuju dan strategi politik dan perjuangannya. 

“Sekarang, yang paling ditunggu adalah majlis mesyuarat dan pertemuan di antara kami. Gabungan mantap antara orang lama yang berpengalaman penuh ketenangan dan kumpulan muda yang berinspirasi penuh motivasi turut mencetuskan rasa ukhuwah yang kukuh,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, ramai pihak mahukan keretakan berlaku di dalam Pas kerana mereka tidak memiliki apa yang Pas ada. 

“Jangan percaya fitnah. Sesungguhnya politik Islam menolak fitnah dan mengiranya sebagai jalan-jalan menuju kemusnahan negara dan umat.

“Mari perangi musuh utama yang merosakkan negara iaitu rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan pemborosan wang rakyat, pemujaan terhadap golongan kaya dan cukai ke atas golongan miskin,” katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Gapo pas ada abduh..

Anonymous said...

Politik Islam tolak fitnah? Tu fitnah pil kudo tu gapo ko dionyo?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.