Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIYYAH, LU A A A KALO TALAK TALIK, LU APA MACAM CAKAP ?

Zhemin dakwa kenyataan isu atlet diputarbelitkan
0
Zhemin dakwa kenyataan berkait isu atlet diputarbelitkan
 
SHAH ALAM – Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kesal kenyataannya mengenai sekatan terhadap dua atlet Israel daripada memasuki negara ini diputarbelitkan pihak-pihak tertentu. 
 
Sehubungan itu katanya, beliau memutuskan untuk menarik balik kenyataan tersebut.

“Saya menyesali kenyataan saya mengenai sekatan atlet Israel ke Malaysia telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa saya berpihak kepada Israel.

“Oleh kerana kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan terhadap pendirian saya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan regim Israel, saya ingin menarik balik kenyataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, Zhemin dikritik semua pihak termasuk rakan pakatannya, Amanah gara-gara menyelar tindakan kerajaan menyekat kemasukan dua atlet luncur angin Israel itu daripada menyertai kejohanan di Langkawi.

Dalam kenyataan sama, Zhemin menegaskan beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman serta kezaliman regim Zionis yang menindas rakyat Palestin.

DAP Perak dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa kenyataan Zhemin itu tidak mewakili parti berkenaan.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) di Langkawi, semalam.

Selain visa, kerajaan Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel tersebut, termasuklah sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol serta larangan memainkan lagu kebangsaan Israel jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.