Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK HARAMKAN BIAR ADIL KEPADA SEMUA

Vape: Kerajaan negeri tunggu surat rasmi isu tempoh
Abdul Fattah Mahmood
 
KOTA BHARU - Kerajaan negeri masih menunggu surat rasmi daripada Persatuan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Kelantan untuk sebarang pertimbangan berhubung keputusan yang telah dibuat minggu lalu 
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan kerajaan selepas menerima surat rasmi tersebut.

“Saya sudah bertemu dengan Presiden Penjual Vape yang telah berkunjung ke pejabat saya minggu lepas. Kita telah berbincang dengan penuh ukhuwah dan kita telah bersetuju bahawa persatuan buat permohonan kerajaan untuk menimbang keputusan yang telah dibuat supaya memberi sedikit masa tambahan kepada penjual.

“Sehingga kini saya sedang menunggu surat permohonan dari persatuan untuk di bawa kepada kerajaan,”katanya kepada Sinar Harian disini.


Beliau diminta mengulas permohonan PPVM Kelantan yang berharap agar kerajaan negeri memberikan mereka tempoh sekurang-kurangnya enam bulan bagi menghabiskan bekalan, berikutan pembekuan lesen sejak Rabu lalu.

Malah, lelongan yang dibuat lebih 50 peniaga vape Kelantan yang menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pelbagai cecair vape juga masih gagal menghabiskan stok vape yang dijual mereka yang terlibat.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.