Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMANAH ITU DAP, DAP ITU AMANAH

PAS SUDAH MULA MEREPEK, CAKAP DIANTARA PIMPINANNYA SUDAH MACAM NAK ANGKAT BENDERA, DULU KATA TAKKAN BEKERJASAMA DENGAN AMANAH, LA NI MULA LA BERCAKAP, PAS AKAN BEKERJASAMA DEMI RAKYAT ? DAN BEKERJASAMA DENGAN SESIAPA SAHAJA DEMI RAKYAT ? DULU CAKAP DEMI ISLAM, DEMI ALLAH DAN RASULNYA, SEKARANG DEMI RAKYAT, ERTINYA SUDAH TURUN DARJAT PERJUANGANNYA. INI SEMUA  KERANA BANYAK BERCAKAP TAPI KERJA KURANG, AKHIRNYA MULUTUT - Pak Karamu 

Pas: Amanah hanya akan dengar cakap DAP
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
SHAH ALAM – Agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah) adalah untuk menyertai kerjasama Pas dan Umno kerana  Amanah parti yang terikat dengan DAP dan hanya akan mendengar pandangan daripada DAP. 
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekiranya Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti tujuan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.


“Amanah ini terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. Jika DAP mahu mereka senyap, mereka akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka.


“(Kalau) Nak kerjasama, kita akan teliti terlebih dahulu bentuk kerjasama itu. Kalau ia dibuat demi kebaikan dan kepentingan rakyat, Pas tak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.




Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berpendapat, kerjasama antara Pas dan Umno bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah sepatutnya turut disuakan kepada Amanah dan juga PKR.


Ia perlu dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.


Mengulas lanjut, kata Muhammad Khalil, sebagai parti politik, Pas bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja atau mana-mana parti untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.


“Kami sentiasa menerima apa sahaja cadangan yang dibuat demi kepentingan negara, rakyat dan agama.

“Oleh kerana itu, bila adanya pelawaan daripada Umno untuk bekerjasama dengan Pas, kami mengambil sikap positif dan kami melihat apakah bentuk kerjasama tersebut. Kalau bentuk kerjasama itu dibuat demi membantu Kelantan dan agama, kita bersedia,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ahli pas, tapi fitnah tak habis2.
Sapa yg tak nak kerjasama pas- amanah? Sapa pilih hubungan pas- umno dan tolak hubungan pas-amanah? Mat sabu ker hadi?

Sapa kata kita tak suka pas join umno? Kita sukaaaaaaaaa sabgat. Mat sabu pun sukaaaaaaaaa sangat. Amanah pun sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

Kenapa?
Pas dah mula rasa bahang api neraka ker?
Fitnah la lagi..fitnah..fitnah

Bodo

Anonymous said...

Buang lah dulu kopiah atas kepala tu..x ada kerja lain..fitnah orang memanjang..kalu aku kata pas tu umno..umno tu pas..apa cerita?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.