Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH REALITY POLITIK, TERIMA SEADANYA

Syed Saddiq jangan jadi agen perpecahan rakyat
Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman
Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman

KUALA LUMPUR - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan tidak cuba 'menghalal' demonstrasi menggulingkan kerajaan atas nama demokrasi dan kebebasan berhimpun.

Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Al-Firdaous Sheikh Abd Rahman berkata, kenyataan angkuh Syed Saddiq terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan kebebasan berdemonstrasi menunjukkan beliau adalah seorang yang dangkal dan senang dipengaruhi oleh anasir-anasir perpecahan.

Menurutnya, titah tuanku adalah jelas iaitu baginda tidak mahukan apa-apa elemen perpecahan kaum yang boleh mengakibatkan kerukunan dan keharmonian ini diganggu gugat di Johor.

"Anak muda seperti Syed Saddiq seharusnya mengerti, bahawa demonstrasi haram seperti Bersih bukan lagi demonstrasi ala-persatuan mahupun demonstrasi berbentuk aman.

"Seperti siri-siri Bersih sebelumnya, ia mengajak rakyat bukan hanya menyemai kebencian tetapi juga menyuap rakyat dengan berita-berita yang berbentuk fitnah dengan tujuan bagi membenci kerajaan dan menggulingkan kerajaan demokrasi," katanya.

Ujar Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, apa yang pasti mana-mana negara di dunia ini tidak sesekali membenarkan demonstrasi menggulingkan kerajaan ini berlaku.


Beliau berkata, demonstrasi yang berbaur kebencian ini bukan sahaja menyebabkan keharmonian majoriti rakyat terganggu malah ia juga bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong tegar kerajaan untuk turut menghalang mereka.

"Saya menyeru agar Syed Saddiq juga jika benar telus dan berintegriti, nyatakan secara terperinci dan jelas siapakah penderma-penderma di sebalik Bersih 5 sehingga sanggup bermati-matian turun ke jalanan.

"Janganlah hanya melalak soal kebenaran, ketelusan dan integriti tetapi tidak pula jelas siapa pendukung mereka dan objektif mereka dalam menimbulkan huru hara di seluruh negara," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

syed sadiq ni dia kene belajar ngan ameno world sebab ingus dia pun x kering g tu..
kenapa agama x bagi kita perasan bijak(ujub)?salah 1 kesan buruk dia sebab takut kita jadi babi tunggangan org yg pura2 bodoh..
x caya tanya ameno world..dia perasan bijak dlu..bila otak dia dah boleh pk sikit,semua parti dia marah2, konon2 marak2h2 tu lasal x taksub la tu,walhal dia marah pasal dah tersedar yg diri dia sebenarnya lagi bodoh dari sekor lembu bila dia terasa dibodoh2kan parti2 pembangkang selepas penat lelah habis2an menyokong...hehehe
bahayanya bila ko perasan bijak ni ialah org yg pura2 bodoh akan tunggang ko dalam ko x sedar melalui kelembuan perangai ko yg perasan bijak tu..hihi...
salesman biasenya ramai yg terjerumus lalui pengalaman ni..bos dia kata dia la yg paling bijak,pandai,berwawasan dan paling legend dalam byk2 salesman..
dia pun stim bertahun2 kenyang kene puji..
yg kaya raya bos dia hihi..
salesman yg bodoh dan yg x legend dah lama berenti buat bisnes sendiri hihi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.