Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAFIZI TAK KENAL ADAM WALAUPUN DIA KETUA AMK

Rafizi cadang Datuk Adam Rosly isytihar harta
Rafizi cadang Datuk Adam Rosly isytihar harta
Rafizi Ramli.
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mencadangkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly membuat pengisytiharan harta dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ini bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi timbul berhubung kekayaan luar biasa yang didakwa dimiliki Adam.

"Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mencegah penyelewengan dan rasuah ialah ahli politik dan pegawai kerajaan berpangkat tinggi perlu mengisytiharkan harta setiap tahun. Saya sendiri akan isytihar harta minggu depan.

"Bagi kes Adam ini, cara paling mudah bukan saja dia tetapi seluruh parlimen kena ikut saya isytihar harta minggu depan. Lagi cepat Adam isytihar harta lebih mudah dan jika dia telus dan tiada apa yang disorokkan, dakwaan terhadapnya akan berhenti," katanya kepada media, di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa Adam, 28,  memiliki kekayaan luar biasa di usia yang terlalu muda.

Antaranya, Adam dikatakan memiliki rumah banglo berharga RM7 juta serta beberapa kereta mewah.

Bagaimanapun,  Adam kelmarin menafikan dakwaan tersebut dan mencabar Jamal melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui jenis perniagaan yang dijalankan Adam.

"Saya sebenarnya tak kenal dia. Dia agak baru dalam parti," katanya.
Rafizi Ramli.


7 orang berkata:

agen fair n pink said...

tak kenal maka tak sayang

agen jamkho said...

tak kenal anak bawahannya

agen pelangsing wsc biolo said...

sudah biasa pemimpn tak paham bawahannya

cream wajah lyoskin said...

maklumlah

Anonymous said...

Inilah namanya politik matang. Tak kira siapa yg bersalah terbuka utk disiasat. Jgn jd mcm parti lebai jual agama Pas kalo boleh setiap kesalahan pemimpin2 nak disorok dan dipertahankan oleh walaun2 tolol parti.

Anonymous said...

Anak buah jual balak dia sengeh jer...

Anonymous said...

Anak buah penat mengajor agama, dia sapu duit yik anak buah dia.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.