Pas tawar kerjasama untuk tewaskan BN
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata strategi ‘satu lawan
satu’ ada strategi terbaik dalam menewaskan Barisan Nasional yang
pengaruhnya semakin lemah.
Hashim berkata Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka untuk
bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan
kekuatan pembangkang.
“Kerjasama politik adalah satu pendekatan yang sangat penting dalam
menjatuhkan kezaliman Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan
sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan
pembangkang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun begitu Hashim berkata, sebagai parti yang berasaskan Islam dan
mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan pilihan raya di negara
ini, Pas tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak
menguntungkan Islam.
Menurut Hashim Pas berpandangan bahawa tahaluf siyasi yang hendak dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.
Tambahnya, Pas telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh
Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai
oleh Ikatan dan Berjasa.
“Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan Pas dalam pilihan
raya akan datang, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka
menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.
Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam,”katanya.
Tambahnya, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, kita bersedia
membubarkan Pas.
“Ini prinsip kerjasama yang dipimpin oleh Islam yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama.
Pihak yang menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak
bekerjasama dengan Pas, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima
Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini,” katanya.
7 orang berkata:
Tak pe la. Pak keramu pi la masuk rumah pak keranu yv dah nak runtuh tu. Kami ph seram la nak masuk. Bau hancing kencing tu kuat sangat.
Kami rasa untuk pru 14 ni, pertandingan 1 lawan 1 tak sesuai la. Tujuan kami ialah menawan kelantan bagi menguburkan pas. 3 penjuru lagi bagus.
Pak karamu, tolong bgtau hashim, lebih baik pas bubar dan semua ahli masuk umno. Umno kan dah ikut islam sebenar.
Buat masa ini, pertandingan 3 penjuru adalah terbaik. Sbb kita nak tengok sangat pas tumbang di kltn sbb bodo strategi politik.
Pak karamu. Tolong bagitahu hashim supaya tak merapu dan meroyan2. Kita rasa loya sangat & nak muntah
Ya 3 penjuru di Kelantan. Baru anak jantan.
Parti PAS sudah rosak down habis dah,, sebaiknya kita PH jauhi lah parti itu,,
Post a Comment