Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALA HAI, MAHADHIR BOEH BUAT ROAD SHAW, TAK YAH DIALOG

Dialog batal: Bersatu turut mohon maaf
logo Bersatu

SHAH ALAM - Bersatu hari ini turut memohon maaf terhadap pembatalan debat antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz yang sepatutnya berlangsung pada 7 April depan.

Dialog tersebut sepatutnya diadakan di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini, selepas rancangan debat sebelumnya, iaitu di Padang Rengas turut dibatalkan oleh pihak berkuasa.

"Dialog antara Mahathir dan Nazri telah diluluskan permit oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak kami telah bersedia.

"Namun, semalam penganjur, Sinar Harian menerima surat menyatakan permit telah ditarik balik. Maka, dialog ini telah dibatalkan. Kami turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama di dalam forum ini," kata Bersatu dalam kenyataan, hari ini.

Dialog antara Mahathir dan Nazri yang dijadualkan 7 April ini dibatalkan susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat petang semalam.

Menurutnya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada Sinar Harian sebagai penganjur sebelum ini.

Dialog antara dua seteru politik itu sepatutnya diadakan di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac lalu. Padang Rengas adalah kawasan diwakili Nazri sejak pilihan raya kesembilan pada 1995.

Bagaimanapun, acara yang dikatakan bakal berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar itu tidak menjadi kenyataan apabila polis enggan membenarkannya.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Lebai2 pondan PAS tak berani berdialog dgn dr maza dan rozaime psl ruu355.

Anonymous said...

Buang masa..

Anonymous said...

KARUT KARUT KARUT POLIS KARUT. Tak debat menganggu kawasan sekililing. Bohong semua ini. Cuma alasan nak selamatkan najib agar rahsia buruknya tak pecah. Rakyat masih menuntut debat ini patut diteruskan. Kalau boleh najib sendiri ganti nazri. Baru ada hot!!!! PM LAWAN BEKAS PM. Baru boleh cari kebenarannya.

Anonymous said...

Tak buat salah pun mintak maaf. Baguslah.

Yg maki hamun binatangkan orang, kafirkan orang, haram nak mintak maaf.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.