Pas optimis dapat bantu buka mata semua pihak
KOTA BHARU - Pas optimis dengan penjelasan yang diberikan semasa
pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen semalam akan memberi pandangan
baru kepada semua pihak terutamanya pembangkang dalam memahami pindaan
akta tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan satu
perkembangan baik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk membawa satu RUU
persendirian itu semalam.
"Saya pun terkejut kerana celahan pun tidak banyak semasa perbahasan,
dan kalau ada pun semuanya celahan yang baik, kearah mereka nak memahami
RUU tersebut.
"Saya juga dicelah oleh ahli parlimen bukan islam, terutamanya mengenai
jika lulus pindaan ini, maka hudud akan dilaksanakan. Ini yang ditakuti
oleh bukan Islam. Maka saya dan Tok Guru Haji Hadi jelaskan perkara ini
dengan baik.
"Dan saya yakin mereka kini lebih jelas kenapa kita naikkan hukuman
kepada 30 tahun dan denda kepada 100,000 dan kenapa 6 rotan sebatan
kepada 100 rotan sebatan Syariah. Alhamdulialh smuanya faham dan baik,"
katanya kepada media di sini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Sidang kali ini dah macam mahkamah pula']
Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam sejurus
tiba di Kota Bharu dan disambut oleh Pemuda, Muslimat dan kepimpinan Pas
negeri.
9 orang berkata:
Geng lebai jahiliyyah yg peralatkan Islam utk politik kotor.
Kenapa pak karam marah sangat ni? Sabarlah pak karam. Tunggulah seminggu dua lagi. Tak lari gunung dikejar. Jangan lah gelojoh sangat. Dah tua tak elok gelojoh.
Satu utk engko.
Dua utk aku.
Dua utk engko.
Tiga utk aku.
Tiga utk engko.
Empat utk aku.
Empat utk engko.
Lima utk aku.
HARAM mengambil dan menerima harta yg diperoleh secara SUBHAH. Tapi kalau banyak ambiklah. Bole cepat kaya Kat donia.
Jangan risau, ruu 355 tiada kaitan dgn hudud. Tiada kaitan dgn pencuri, perompak, perasuah, pencilok, pengebas, pengambil dedak dan seangkatan dengannya. Don't worry be happy
Sikit sama dirasa. Banyak sama dibedal
Boleh guna beli buah Tim dan Tamar. Makan buah tu hukum harus. Benda harus tu dapat pahala.
Org dulu2 derma main pakai Tim Milo. Org sekarang derma main bank transfer. Teknik ini dipanggil perubahan paradigma teknologi kewangan
Haram la woii
Post a Comment