Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CELAHAN YANG BAIK DARI JAHILIYAH

Pas optimis dapat bantu buka mata semua pihak
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas optimis dengan penjelasan yang diberikan semasa pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen semalam akan memberi pandangan baru kepada semua pihak terutamanya pembangkang dalam memahami pindaan akta tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan satu perkembangan baik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk membawa satu RUU persendirian itu semalam.

"Saya pun terkejut kerana celahan pun tidak banyak semasa perbahasan, dan kalau ada pun semuanya celahan yang baik, kearah mereka nak memahami RUU tersebut.

"Saya juga dicelah oleh ahli parlimen bukan islam, terutamanya mengenai jika lulus pindaan ini, maka hudud akan dilaksanakan. Ini yang ditakuti oleh bukan Islam. Maka saya dan Tok Guru Haji Hadi jelaskan perkara ini dengan baik.

"Dan saya yakin mereka kini lebih jelas kenapa kita naikkan  hukuman kepada 30 tahun dan denda kepada 100,000 dan kenapa 6 rotan sebatan kepada 100 rotan sebatan Syariah. Alhamdulialh smuanya faham dan baik," katanya kepada media di sini.


Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam sejurus tiba di Kota Bharu dan disambut oleh Pemuda, Muslimat dan kepimpinan Pas negeri.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Geng lebai jahiliyyah yg peralatkan Islam utk politik kotor.

Anonymous said...

Kenapa pak karam marah sangat ni? Sabarlah pak karam. Tunggulah seminggu dua lagi. Tak lari gunung dikejar. Jangan lah gelojoh sangat. Dah tua tak elok gelojoh.

Anonymous said...

Satu utk engko.
Dua utk aku.
Dua utk engko.
Tiga utk aku.
Tiga utk engko.
Empat utk aku.
Empat utk engko.
Lima utk aku.

Anonymous said...

HARAM mengambil dan menerima harta yg diperoleh secara SUBHAH. Tapi kalau banyak ambiklah. Bole cepat kaya Kat donia.

Anonymous said...

Jangan risau, ruu 355 tiada kaitan dgn hudud. Tiada kaitan dgn pencuri, perompak, perasuah, pencilok, pengebas, pengambil dedak dan seangkatan dengannya. Don't worry be happy

Anonymous said...

Sikit sama dirasa. Banyak sama dibedal

Anonymous said...

Boleh guna beli buah Tim dan Tamar. Makan buah tu hukum harus. Benda harus tu dapat pahala.

Anonymous said...

Org dulu2 derma main pakai Tim Milo. Org sekarang derma main bank transfer. Teknik ini dipanggil perubahan paradigma teknologi kewangan

Anonymous said...

Haram la woii

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.