Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT TAK JADI, BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH


Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Mahathir kecewa permit dialog ditarik balik
Dr Mahathir ketika menyertai Program Bicara Rakyat Perdana anjuran PPBM di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

BANDARAYA MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila poLis menarik balik kebenaran untuk beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berdialog pada 7 April ini.

Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dibatalkan atas alasan polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.

Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut bagaikan orang yang takut.

"Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti Bersatu di Taman Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq Naizamohideen serta beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri Melaka.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.

"Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu sekiranya ada peluang lain," katanya.

Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Dah agak.
Tak pelik pun

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Mahathir berani berdialog. Hadi pondan pengecut. Suka pukul curi, maki hamun dan mengkafirkan org je..ketua lebai munafik.

Anonymous said...

Najib yang arah batalkan debat tu sebab takut tembalang dia pecah
Ada berani nak sumpah? Polis sepatutnya berusaha agar debat itu diadalan. Polis boleh beri amaran seperti waktu demo dulu. Tangkap mereka dan polis tidak harus takut dengan pengacau. Melainkan polis berskongkol untuk melindugi najib maka polis reka2 cerita karut supaya debat tak jadi. Adalah dicadangkan debat yang datang diadakan dibukit aman. Setuju.

Anonymous said...

Setuju!!!! Debat wajib diteruskan untuk cari kebenaran. BERANI KERANI BENAR TAKUT KERANA SALAH. Rakyat pasti najib takut sebab mungkin polis reka2 cerita tak masuk akal untuk batalkan debat.

Anonymous said...

Setuju!!!! Debat wajib diteruskan untuk cari kebenaran. BERANI KERANI BENAR TAKUT KERANA SALAH. Rakyat pasti najib takut sebab mungkin polis reka2 cerita tak masuk akal untuk batalkan debat.

Anonymous said...

Debat tak beri apa2 faedah pun. Kalau debat nazri - madey jadi pun, minggu depan minyak naik. Kalau debat asri - hadi jadi pun, harga barang tetap tinggi. Kalau debat Audi - huzaimi jadi pun, najib tetap pm Malaysia.

Cukup2 la menipu dgn debat. Kita tak mau debat. Kita nak pm baru.

Anonymous said...

Debat tak mau.
Dedak mau.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.