Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI BARU ALA PKR DIDAFTAR

Parti Bebas Rasuah mahu sertai Pakatan Harapan
S Gobi Krishnan
S Gobi Krishnan

SHAH ALAM - Parti Bebas Rasuah (PBR) yang diumumkan sebagai nama baharu menggantikan Parti Generasi Baru (NewGen Party) berharap, hasrat untuk bersama dalam gabungan Pakatan Harapan diterima.

Pengasasnya, S Gobi Krishnan berkata, keputusan untuk bersama dalam gabungan Pakatan Harapan dibuat secara konsensus setelah lantikan jawatankuasa  dalam mesyuarat majlis tertinggi.

“Sudah tentu ia keputusan yang dicapai bersama.

"Kita percaya dengan satu matlamat untuk menjadi kerajaan akan datang.

"Semestinya besarlah harapan kami untuk diterima, kita semua mempunyai matlamat yang sama walaupun berbeza platform.

“Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang dilantik sebagai Presiden PBR akan menulis surat rasmi kepada Pakatan Harapan bagi menyatakan hasrat tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gobi memberitahu, soal perjuangan yang lebih penting untuk sama-sama bergerak dalam Pakatan Haraian.

“Soal tuntutan kerusi Parlimen Pekan dan Titiwangsa yang diminta Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, kita rasa kekal.

“Bagi saya, kita fikirkan soal perjuangan dahulu dan kita sokong mereka yang diberikan dua kerusi ini, yang lain itu tak perlu dahulu pun tidak mengapa, yang penting kita bergerak dalam satu  perjuangan,” katanya.

Dalam pada itu, Gobi berkata perubahan nama baharu kepada PBR telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Jumaat lalu, selain beberapa lantikan semula dalam PBR juga telah diumumkan.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Umno Batu Kawan yang juga bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diumumkan sebagai Timbalan Presiden PBR yang baharu.

Jawatan Naib Presiden PBR disandang oleh Syed Nazarudin Syed Aziz dan Rajaretinam Armuggan.

Gobi, yang juga bekas Setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung PBR.

Tan Chee Seng telah dinamakan bendahari, sementara Abdul Ghani Haroon dilantik sebagai Ketua Penerangan, dan Surendran Shamugam pula merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

Sebelum itu, NewGen Party didaftarkan dalam September 2013, merupakan parti berbilang kaum yang menyasarkan golongan muda di seluruh negara.

17 orang berkata:

Anonymous said...

PH makin membesar. Tak apa. Byk kerusi pas yg kosong. Teruskan. Tumbangkan galah2 yg mereput.

Anonymous said...

Ezam lawan pekan??
Takutnya......
Ezam banyak kotak tu. Heeee

Anonymous said...

Kita kena buat byk latihan lompat katak. Lompatan demi lompatan.

Errr....Abang brahim tak join sekali? Jom la.

Anonymous said...

Hahahaha
Lawak la

Anonymous said...

Dpt 50 undi pun dah kira bagus

Anonymous said...

Klu dpt 5 undi kira ok lagi.

Anonymous said...

Pembangkang di pekan boleh relak pd pru14 ni. Duduk umah tgk cerita upin ipin.

Anonymous said...

Boleh guna lambang katak duduk atas kotak. Kelakor

Anonymous said...

Kenapa tak lawan marang?

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Belum apa2 dah nk rebut kerusi.. kerusi malas nak ke? Atau kerusi elektrik...

Anonymous said...

Bgs lh tu buat parti baru. Mcm xda paedah je parti bebas rasuah ni. Tun m berjaya pecahkan pembakang. Terbaik. Aku tau permainan tun m ni.

Anonymous said...

Bodo.
Yg pecahkan pembangkang ialah BN dengan mempergunakan hadi.

Anonymous said...

Korang di perbodohkan jer... ingat tun M tu bodo ker??. Licik permainan dia. Padan la muka korang penyokong PH. Tapi bagus la. Kalu tun M join blok ke tiga . Pas terpaksa korban kerusi. La ni Pas bebas bertanding dimana daja di Msia ni. Ha..ha..Parti Harapan... emmm berharap jer la.. tak kemana pun...nam pun tsk ada nilai komersial.. mcsm nama novel cinta jaa...kik.. 100x

Anonymous said...

La ni bersatu dan Amanah boleh bagi kerusi lawan pas. Take payah nak kacau kerusi dap dan Pkr. Rahmat Allah. Alhamdulillah. Syukur atas rahmat-Nya. Allah dah permudahkan jalan untuk PH.

Unknown said...

Katak dan kotak.

Anonymous said...

Pas susah hati sebab semua parti baru tak nak join PIGS

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.