Mahathir rela Anwar dibebaskan jika menang PRU14
SHAH ALAM - "Kalau rakyat nak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, siapa saya
nak tahan rakyat." Begitulah respon bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad ketika ditanya Felo Penang Institute Dr Wong Chin Huat
mengenai kesediaan beliau mengepalai usaha membebaskan bekas timbalannya
itu sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 datang.
Menurut Mahathir, beliau bukannya seorang pendendam malah
musuh-musuhnya sebelum ini seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku
Razaleigh Tengku Hamzah turut diberi kedudukan di dalam Kabinet pada
zaman pemerintahannya.
"Saya tak simpan dalam hati.
"Tapi perkara ini perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya tidak
memegang jawatan tersebut," katanya ketika Program Hardtalk yang
diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Pakatan
Harapan untuk menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)
sekiranya memerintah, Mahathir menjelaskan ia boleh dilakukan sekiranya
itu menjadi kehendak rakyat negara ini.
Beliau berkata, undang-undang yang digubal seharusnya sesuai dengan kehendak rakyat pada masa kini.
"Auku ditubuhkan kerana ramai penuntut berdemo sedangkan mereka dihantar ke universiti untuk belajar.
"Ini pendapat saya sebab saya nak selamatkan anak-anak kita bagi membolehkan mereka mendapat kelulusan yang baik," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir memaklumkan bahawa tindakannya menyertai
demonstrasi jalanan sebelum ini berikutan daripada semua saluran untuk
rakyat bersuara telah ditutup.
Ujar beliau, tindakan berkenaan adalah merupakan langkah terakhir dan
disebabkan itu, pihaknya mengambil keputusan untuk menyertai himpunan
Bersih.
"Masa dulu kalau kita nak bertindak terhadap kerajaan terdapat banyak saluran disediakan tapi kini tidak lagi.
"Sebab itu kita kena gunakan pertahanan akhir iaitu demostrasi," katanya.
5 orang berkata:
Anwar masuk penjara zaman pm najib.
Kenapa pak karam?
Untungla... orang kampung kalau curi getah sekerap nak beli beras kalau kena tangkap silap2 dipenjara berbulan.. siapa nak ambil tahu...
Manusia mudah lupa.....
Org yg masuk penjara pun boleh memaafkan musuh2nya. Nampak jelas Anwar dan Dr Mahathir berjiwa besar demi menyelamatkan negara/rakyat dari kehancuran oleh kerajaan klepet penyamun.
Hairannya parti lebai PAS pulak yg sokong ketua penyamun negara. Ketua penipu bekerjasama dgn ketua penyamun 1mdb.
Melayu dirosakkan UMNO.
Islam dirosakkan PAS.
Kenapa pimpinan PAS sekarang, semakin merapu dan menjauhkan orang ramai dari mereka? Nampaknya usaha Ust. Fadzil Nor dan TGNA disia-siakan, dahulu semua perkara dibincang dan dakwah digunakan mendekatkan golongan orang bukan Islam dengan Islam tetapi sekarang lebal dan caci maki pula digunakan. Islam itu indah jika pejuang Islam itu saling menghormati dan berkasih sayang. Islam itu indah bukan sekadar pada hukumnya tetapi akhlak umatnya. Semoga kita sedar dan sentiasa memahaminya.
Post a Comment