Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ......

KALAU IKUT MAHADIR (PENGURUSI BERSATU)
RUU 355 MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM ?
RAKYAT BERAGAMA ISLAM BOLEH NILAI SIAPA MAHADHIR DAN PARTI BERSATU !

-Pak Karamu- 


Bersatu perlu berpendirian dalam isu RUU355
Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

ALOR SETAR - Sikap membisu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap usul Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu terus menimbulkan persoalan mengenai pendirian parti itu.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan 'membungkam' Bersatu itu secara langsung membuktikan PPBM hanyalah alat dan perkakas DAP untuk mengurangkan sokongan orang Melayu khususnya terhadap BN.

"Kami musykil dengan pendirian Bersatu yang terus menerus mengambil sikap berdiam dan berkecuali mengenai isu RUU355 ini dan pada masa yang sama menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.

"Bagi kami, pendirian Bersatu adalah penting kerana ia akan menggambarkan prinsip dan pendirian parti itu dalam arus perdana politik negara," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Shaiful Hazizy mengutuk sekeras-kerasnya beberapa ahli parlimen Melayu Islam yang bertindak menghalang pembentangan usul itu oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tindakan mereka ini jelas bermotifkan politik semata-mata dan sama sekali tidak peka dengan keperluan ummah dan agama," katanya.  - Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau salah pilih jadilah mcm parti lebai malang. Bila ketua lebai hancing dah disuap dedak 90juta habis dipermainkan agama, hancur jemaah dan parti PAS. Kuasa duit lebih hebat dari Al Quran dan Hadis. Dunia..dunia..

Anonymous said...

Bangang bukan diwarisi....

Berapa kali nak cakap?
Benda baru bentang.
Bahas pun belum.
Camne nak sokong atau tidak?

Bodoh melantun2 pulak.

Anonymous said...

Biasa la bro.
Politik cari makan

Anonymous said...

Org politik bila cakap mesti masuk politik

Anonymous said...

Utk zina, klu dah kena rotan 100 kali, boleh tak penjara 30 tahun dan denda rm100 ribu lagi??

Anonymous said...

Sebenarnya kan, kalau tak tangguh lagi baik. Boleh teruskan sampai mlm. Rasanya TGHH tak ada masalah nak bahas sbb kawan2 dan penuh beg dgn segala mcm bahan sokongan. Dap pun memang mintak nak bahas. Pkr pun mintak terus bahas. Pan pun cam tu jugak. Cuma speaker je tangguh.





Tapi Dap jugak yg kena maki....

Anonymous said...

pas lebih paham hal ni. . tapi sebab muka dah salut dgn kulit babi dia buat2 hal kat atas tu mcm dia x paham.. padahal dia paham sangat sebab dulu pas ketika masih bergelar isteri kepada abng lim, pas tolak terus ruu di kedah,kat selangor lak pas tendang muslim yg nak buang arak kat negeri tu.. kalo amek culculator buat kira2, pas sama je haramjadah mcm madey, ntah2 pas lebih haramjadah lagi hehe..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.