Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN AKAN MENYUSUL ?

Rakyat masih tak berpuas hati atas perbuatan PKR (Rafizi)

KITA TUNGGU RAFIZI BUAT KENYATAAN
ATAS KENYATAAN HADI AWANG  YANG
TELAH MEMA'AFKANNYA


-Pak Karamu-
 
 
Sudah maafkan, tapi Rafizi kena bertaubat
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
KUALA NERUS - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pas menerima dana daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas.
Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.
"Apa yang didakwa Rafizi itu (Pas terima dana daripada 1MDB) merupakan satu tuduhan bohong 300 peratus.
"Bagi saya.. saya telah maafkan kesalahan dia kepada saya. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala.
"Tapi dosa dia dengan Tuhan (sebab fitnah) dia kena bertaubat," katanya ketika ditemui dalam majlis menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam tadi.
Kepulangan pemimpin utama Pas itu disambut ribuan penyokong bagi meraikan kejayaan beliau selepas membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai pemimpin kanan Pas  menerima dana daripada 1MDB.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi turut meminta orang bukan Islam memberi kerjasama serta tidak mengganggu isu RUU 355 demi perpaduan masyarakat majmuk di di negara ini.
Jelasnya lagi, usul berkenaan perlu disokong seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman dan parti bagi memperkasakan lagi undang-undang syariah.
"Malah, kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada orang bukan Islam mengenai RUU 355 ini agar mereka memahami dengan lebih jelas," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.