Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH JANGKA, BERSATU AKAN TERUS LUMPUH

500 ahli Bersatu kawasan Rembau keluar parti
500 ahli Bersatu kawasan Rembau keluar parti
Mohd Anas (tengah) menunjukkan borang keluar parti pada sidang media diadakan. - Foto Sinar Harian
 
SEREMBAN - Seramai 500 ahli Bersatu kawasan Rembau mengumumkan keluar parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju.

Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.

"Ini adalah permulaan kerana selepas ini saya yakin seramai 1,500 lagi ahli di Rembau akan mengikut langkah sama dalam waktu terdekat.

"Gerakan ini dimulakan oleh saya. Kami kerja siang malam untuk menggerakkan parti ini, tapi apa yang mengecewakan bila sampai waktu melantik ketua bahagian dan jawatankuasa kami dipinggirkan," katanya pada sidang media diadakan di pejabat Bersatu Bahagian Rembau di sini.

Menurutnya, mereka juga kecewa kerana parti tersebut mengetepikan suara generasi muda dengan memilih pemimpin yang sudah lanjut usia terutama di Bahagian Rembau.

Malah Mohd Anas berkata, selepas parti itu ditubuhkan hanya di negeri ini sahaja tidak dilantik Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua Bahagian sehingga kini.

"Macam mana nak gerakkan parti kalau macam ini sedangkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi dan mereka yang dilantik pula langsung tak buat kerja," katanya.

Oleh sebab itu beliau akan mengadakan siri jelajah di Negeri Sembilan dan seluruh negara bagi mengajak ahli Bersatu meninggalkan parti berkenaan.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti buat masa ini.

Bersatu yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin Umno termasuk bekas Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lalu.

5 orang berkata:

Anonymous said...

TAK DAPAT JAWATAN TERUS KECEWA DAN MEMAKI. INI BAGUS UNTUK AMNO DAN DEDAK

Anonymous said...

Politik msia la....biase la tu

Anonymous said...

Pakkara...tiap2 kali pilihanraya utusan melaporkan tiap2 hari ribu2 ahli Pas kuar parti diKelantan...adekah Pas lumpuh...sejak berkawan dgn Umno Pakkara dah terikut2 stail media Umno buat fitnah.

Smart Pomen said...

Ye La 5.50. Mcm dlm harakah, bila ada prk. Ceramah pas ramai dtg. Ni ada peluang rampas kerusi. Bila game kalah jugak.

Chot Sg Buloh said...

Aikkk. Keluar parti pon isi borang ka!!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.