500 ahli Bersatu kawasan Rembau keluar parti
SEREMBAN - Seramai 500 ahli Bersatu kawasan Rembau mengumumkan keluar
parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang
didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju.
Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata,
keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama
ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.
"Ini adalah permulaan kerana selepas ini saya yakin seramai 1,500 lagi
ahli di Rembau akan mengikut langkah sama dalam waktu terdekat.
"Gerakan ini dimulakan oleh saya. Kami kerja siang malam untuk
menggerakkan parti ini, tapi apa yang mengecewakan bila sampai waktu
melantik ketua bahagian dan jawatankuasa kami dipinggirkan," katanya
pada sidang media diadakan di pejabat Bersatu Bahagian Rembau di sini.
Menurutnya, mereka juga kecewa kerana parti tersebut mengetepikan suara
generasi muda dengan memilih pemimpin yang sudah lanjut usia terutama
di Bahagian Rembau.
Malah Mohd Anas berkata, selepas parti itu ditubuhkan hanya di negeri
ini sahaja tidak dilantik Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua
Bahagian sehingga kini.
"Macam mana nak gerakkan parti kalau macam ini sedangkan pilihan raya
akan diadakan tidak lama lagi dan mereka yang dilantik pula langsung tak
buat kerja," katanya.
Oleh sebab itu beliau akan mengadakan siri jelajah di Negeri Sembilan
dan seluruh negara bagi mengajak ahli Bersatu meninggalkan parti
berkenaan.
Bagaimanapun beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti buat masa ini.
Bersatu yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin Umno termasuk bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lalu.
5 orang berkata:
TAK DAPAT JAWATAN TERUS KECEWA DAN MEMAKI. INI BAGUS UNTUK AMNO DAN DEDAK
Politik msia la....biase la tu
Pakkara...tiap2 kali pilihanraya utusan melaporkan tiap2 hari ribu2 ahli Pas kuar parti diKelantan...adekah Pas lumpuh...sejak berkawan dgn Umno Pakkara dah terikut2 stail media Umno buat fitnah.
Ye La 5.50. Mcm dlm harakah, bila ada prk. Ceramah pas ramai dtg. Ni ada peluang rampas kerusi. Bila game kalah jugak.
Aikkk. Keluar parti pon isi borang ka!!
Post a Comment