Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH PKR DAN DAP YANG MENENTANG RUU 355


Usul RUU355 dibentang kali ketiga



Usul RUU355 dibentang kali ketiga
Abdul Hadi selepas membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini. 


KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, hari ini.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan kesemua ahli parlimen terlibat untuk duduk atau mereka bakal berdepan hukuman keluar dewan ekoran daripada kekecoha yang timbul.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

"Sejarah telah membuktikan bahawa sejak 52 tahun dulu belum ada orang bukan Islam dikenakan hukuman mahkamah syariah.

"Oleh  itu, kita mohon orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tiada kaitan dengan pindaan ini," katanya.


Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah yang bidang kuasanya amat terhad pada waktu ini.

Beliau berkata, hukuman sedia ada adalah amat ketinggalan memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 1984.

"Sebagai contoh, pada masa kini, sekiranya seorang suami Muslim yang meninggalkan anak serta isteri tanpa nafkah hanya perlu membayar denda tidak lebih RM5,000 sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan.

"Ia amat rendah (hukuman mahkamah syariah) jika dibanding dengan mahkamah sivil.

"Di manakah kaum wanita nak mendapat pembelaan jika ia (RUU 355) tidak dipinda," katanya.
AKAN MENYUSUL

7 orang berkata:

Anonymous said...

Syabas mca mic gerakan koponen2 bn disarawak dan sabah kerana menyokong....kitakan dah jadi geng.

Smart Pomen said...

Walaupun penyokong PH, tapi tak setuju dgn dap. Bagi la org buat kerja dulu. Dan tak setuju dgn Azeez yg mcm org hilang akal. Rilek, kate org islam. Yg bukan islam tak heran la. Yg dia mcm org takde iman ngape.

Anonymous said...

Belum bahas dah tangguh sidang akta sekular ruu355 ni. Npk sgt wayang ketua lebai hancing dgn geng penyamun 1mdb. Tak habis2 permainkan Islam utk menipu walaun2 biol.

Anonymous said...

Ruu ini tiada kaitan dgn pencuri, perompak dan penyamun. Maka sokonglah!!

Anonymous said...

Tak apa. Ruu ini tiada kaitan dgn perompak dan penyamun wang rakyat, duit cikgu agama dan hasil mahsul hutan balak aka lombong mangganam. Tiada dedak yg akan terbongkar. Tak apa, teruskanlah....

Anonymous said...

Yup....ruu 355 kali ini dapat memartabatkan para pencuri, perasuah, perompak dan penyamun. Mereka semua selamat drp penjara 30 tahun dan denda 100K. Syabas. Ruu 355 ini memang hebat.

Anonymous said...

Tahniah Rafizi.
Soalan anda kpd tuan president memang mantap.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.