Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI

Tan Sri ditahan SPRM kerana kemuka tuntutan palsu
SPRM
SPRM
SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube bagi kerja-kerja pemulihan sungai.

Difahamkan, tuntutan palsu itu dilakukan di bawah kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian (Dredging and Excavation) Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Suspek berusia 63 tahun yang merupakan seorang kontraktor itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira pukul 10.30 pagi hari ini.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 10.30 pagi itu adalah empat pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Antara mereka yang ditahan dari JPS adalah Pengarah Bahagian Projek Khas, Jurutera tempatan, jurutera tapak dan penolong jurutera.

Kesemua mereka disyaki telah bersubahat dengan Tan Sri tersebut yang merupakan pemilik syarikat yang dilantik untuk membekalkan alat geotube untuk projek JPS.

Difahamkan, suspek telah mengemukan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube sedang pembekalan yang dibuat hanya sebanyak 89 unit yang hanya bernilai kira-kira RM4 juta.

Disebabkan perbuatan mereka yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka bagi kepentingan diri sendiri, telah mengakibatkan kerugian hampir RM9 juta kepada kerajaan.

Kesemua suspek yang berusia antara 33 dan 63 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Johor, Melaka dan Seremban.

Kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret Putrajaya esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Ya Rab.

Sekiranya RUU 355 itu benar2 menurut hukum-Mu, luluskanlah. Sekiranya RUU 355 itu menyimpang dari hukum-Mu walau sedikit atau ada perkara lain yang tersembunyi, gagalkanlah.

Ya Allah.

Sekiranya RUU 355 itu menurut hukum-Mu, bukakanlah seluas2 hati mereka menyokongnya. Sekiranya RUU 355 itu lain dari hukum-Mu dan tersembunyi ketidakikhlasan, tutuplah serapat2nya hati mereka dari menyokongnya.

Ya Rahman.

Jika RUU 355 itu benar untuk kami, jayakanlah. Jika RUU 355 itu sesuatu yg batil untuk kami, gagalkanlah.

Aminn Ya Rab.

Ibu Sumiatung said...


Saya ibu nurhalisa tki singapore
sudah 6 tahun saya di singapore bekerja jadi pembantu
pengen pulang kampung tapi hutang masih banyak sama majikan
saya selalu ikut masang nomor togel tidak perna tembus
saya sudah pasra dan kami serahkan sama allah atas nasib kami
dan secara kebetulan saya buka2 internet melihat postingan
teman2 tentan MBAH SERO katanya paranormal yang bisa nembusin
nomor togel jadi saya memberanikan diri untuk menghubungi
MBAH saya menceritakan semua kekurangan dan nasib yang saya alami
akhirnya beliau mau membantu dan saya di kasi angka 4D tembus 100%
syukur alhamdulillah dapat kemenangan (700.juta) itu
dalam buntuk uang indo terima kasih banyak MBAH SERO
saya sudah bisa melunasi hutang sama majikan dan rencana saya
mau pulang kampung untuk buka usaha saya sudah kapok jadi tki
saya tidak bisa membalas budi baik MBAH SERO sekali lagi
makasih banyak ya MBAH bagi teman2 yang menjadi tkw atau
tki seperti saya anda butuh bantuan hubungi nomor hp:
082-370-357-999 MBAH SERO
ucapan beliau sangat bisa dipercaya dan terbukti nyata
ini asli bukan rekayasa karna saya sudah membuktinnya sendiri..

Anonymous said...

Kita kena faham.. ruu355 bukan hukum hudud. Ia cuma penambahbaikan hukum syariah sedia ada.Ia lebih baik dari yang ada sekarang.

Anonymous said...

Amin. Ya Rab

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.