Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANAH RUNTUH MAKAN KORBAN

Tanah runtuh di Colombia, 154 terbunuh
hdgh 
 
Pemandangan dari udara menunjukkan kawasan yang dilanda banjir selepas hujan lebat menyebabkan beberapa sungai melimpah seterusnya menolak sedimen dan batu ke dalam bangunan dan jalan raya di Mocoa

MOCOA - COLOMBIA. Sekurang-kurangnya 154 terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di wilayah sempadan barat daya negara ini semalam, setelah lumpur dan serpihan menghempas rumah penduduk, pegawai bertugas mengesahkannya, lapor Huffington Post.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos turut terbang ke daerah tersebut untuk menyelia misi menyelamat dan turut bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

“Kami akan melakukan segala yang mungkin untuk membantu mereka, kejadian ini amat menyedihkan saya,” katanya selepas mengesahkan jumlah kematian.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan mengarahkan lebih daripada 1,100 tentera dan pegawai polis untuk misi menyelamat ini serta mengenal pasti bilangan mangsa, setakat ini hampir 200 orang dilaporkan cedera.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa hari membuatkan air sungai melimpah, menolak sedimen dan batu-batu ke bangunan dan jalan raya seterusnya membuatkannya berlumpur.

Menurut Mayor Mocoa, Jose Antonio  Castro yang turut kehilangan rumahnya dalam kejadian itu, orang ramai telah diberi amaran awal  mengenai bencana ini.

“Penduduk telah diberi amaran awal menyebabkan  ramai diantara mereka yang dapat menyelamatkan diri,” katanya kepada Caracol Radio.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Aku peduli apa tanah kat Columbia runtuh. Yg aku nak ruu355 lulus dan pas putuskan hubungan dgn PKR. Kalau lulus, kilang arak akan ditutup. Kalau putus hubungan dgn PKR, tuan guru bole tumpu untuk hapuskan gst

Anonymous said...

Nak tanya hj hadi.

Skang harga barang makanan tinggi gila. Khabarnya ada org miskin hutang duit jiran beli beras sbb tk ada duit. Boleh tak ruu355 ni kalau lulus boleh selesaikan masalah org miskin tu? Sbb say tengok buat kerja ruu355 tu macam hebat sangat nak berkhidmat untuk masyarakat.

Anonymous said...

Pas dah runtuh.
Pas akan pupus bersama kumpulannya, PIGS

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.