Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UAUL PUTUS DENGAN PKR

Usul kaji kerjasama PKR mungkin dibawa ke Kedah
Nik Mohamad (tengah) merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak, di sini, hari ini.
Nik Mohamad (tengah) merasmikan Muktamar Pemuda Pas Perak, di sini, hari ini.

IPOH - Pemuda Pas tidak menolak kemungkinan usul berkaitan kerjasama politik dengan PKR akan dibawa dalam Muktamar Pemuda Pas yang dijadual berlangsung di Kedah, penghujung April depan.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia berikutan beberapa kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda telah sebulat suara untuk membawa usul berkenaan ke dalam muktamar.

"Ada yang telah membuat usul supaya dikaji atau diputuskan terus hubungan dengan PKR dalam Muktamar Pemuda Pas. Perkara ini kita ketahui melalui media dan ada juga disampaikan secara terus.

"Saya fikir, kalau usul itu ditolak (kekal hubungan), ia akan terhenti setakat itu sahaja tetapi kalau menerima (putus hubungan) maka usul terbabit akan dibawa pula ke dalam Muktamar Pas Pusat untuk diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Perak Kali Ke-34 di Hotel MH, di sini, hari ini.

Menurutnya, usul tersebut juga secara dasarnya disuarakan oleh peringkat akar umbi tanpa campur tangan daripada mana-mana pimpinan pemuda Pas. 

13 orang berkata:

Anonymous said...

Putus sajalah. Kita jalan sendiri. Insaallah kita menang. Jentera penerangan kita kuat. Tak perlu tunggu lama sangat nanti org kata melukut tepi gantang. Parti yg malu tak dipilih orang. Cukuplah. Kami ahli pas mahu hubungan dgn semua PH diputuskan serta merta.

Anonymous said...

Putus dan jangan lupa di Selangor juga, jangan bagi alasan macam-macam lagi. Tunjuk kejantanan bila putus separuh jalan susah kerja.

Anonymous said...

RINGAN DI BIBIR, BERAT TIMBANGANNYA:

"Subhanaallahi wabihamdih, subhanaallah hilazim".

MOHON SEBARKAN.

Anonymous said...

Kalau pas putus dgn PKR, minggu depan harga minyak turun mendadak. Takbirrr

Anonymous said...

Dia mintak Pkr pujuk la tu.
Dia acah2 supaya pkr keluar drp PH.

Hahaha

Anonymous said...

Pas ni dah mcm bini tua pulak. Suka mengada2. Kejap maki hamun. Kejap membebel. Kejap mintak cerai.

Nak keluar rumah tu, keluar aje la. Bawak kain baju tu keluar sekali. Jgn nak mengada2 pulak. Meluat org lelaki dengor.

Anonymous said...

Terajang aje bang. Dah tua hancing nak mengada2 plk. Cari yg muda lagi cun, bang

Anonymous said...

Eloklah putuskan hubungan dgn PKR tu. Pas pun bukan boleh diharapkan lagi sekarang. Tunggu masa nak pupus je. Umno jauh lebih baik. Jomlah ramai2 Kita pindah masuk umno. Kita tukar pemimpin umno kemudian kita kukuhkan semula umno. Insyaallah boleh tu.

Anonymous said...

Lembu kalau keluar dari kumpulannya akan mudah dibaham oleh serigala kleptokrasi. Keluarlah. Kamu pun memang sudah nak pupus.

Anonymous said...

Elehhh kahakptuiii

Sebenarnya klu nak putus dgn pkr tak perlu dah nak bawak ke kemutamar pas. Serah kpd majlis ulamak ulamak je. Nak belit2 buat pe? Nak suruh pkr pujuk ke? Nak suruh pkr keluar PH?

Alahaii...taktik lapok. P ramlee dah buat filem dah.

Anonymous said...

Elehhh pondan.
Cakap je lebih. Nak buat keputusan putus dgn pkr pun lembap. Pondan mana ada telo

Anonymous said...

Bior ler. Lembu pondan bukan ada guna pun.

Anonymous said...

Hangpa jgn cakap lebeh2 noo. Satgi geng2 depa kapiaqkan hangpa kang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.