Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saudi ancam guna pelan B
Saudi ancam guna pelan B
Riyadh ancam menggunakan tindakan ketenteraan jika rundingan politik Syria gagal.

RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi mengancam untuk menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Presiden Syria, Bashar al-Assad jika rundingan politik untuk mengembalikan semula keamanan di negara bergolak itu gagal.

Menteri Luar, Adel al-Jubeir mengeluarkan kenyataan itu susulan mesyuarat bersama Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria (ISSG) di Vienna, kelmarin.

"Kami percaya tindakan berpindah kepada pelan B (operasi ketenteraan) sepatutnya telah dilakukan sejak dahulu lagi.

"Jika mereka (rejim Bashar) tidak boleh bertindak balas dengan perjanjian itu, jadi kita terpaksa menggunakan 'pelan alternatif'," jelasnya.

Saudi adalah antara penyokong paling agresif yang menuntut penyingkiran Bashar selain menyokong kumpulan militan yang cuba untuk menggulingkan rejim beliau.

Difahamkan, 17 negara ISSG tersebut mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai rundingan yang terhenti, cabaran dalam mengekalkan gencatan senjata yang semakin goyah dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan teruk terjejas akibat konflik berlarutan di Syria.

Dalam satu kenyataan, ISSG turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyekat sebarang bahan atau sokongan kewangan daripada sampai ke tangan kumpulan militan IS dan Barisan al- Nusra serta menghalang sebarang kerjasama dengan pengganas. - Press TV

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.