Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA NAK TUBUHKAN DAP MELAYU

Mahathir disifatkan semakin hilang arah
TUn M
Bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamed mengumumkan untuk meninggalkan parti UMNO pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA TERENGGANU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan semakin hilang arah perjuangan demi menegakkan agama, bangsa dan tanah air apabila sanggup bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP.

Penceramah Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, rakyat tidak terpedaya atau terpengaruh terhadap usaha Mahathir menjatuhkan BN khusus menjelang PRK di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Mahathir juga disifatkan seolah-olah sudah lupa dengan pendiriannya sendiri sebelum ini yang dingin terhadap pembangkang ketika mentadbir negara tetapi berbeza sikapnya kini semata-mata kerana kepentingan peribadi untuk menjatuhkan kepimpinan Umno dan BN.

“Seruan Tun Mahathir supaya jatuhkan Umno di Kulaa Kangsar dan Sungai Besar tidak akan terjadi bahkan saya yakin BN akan menang lebih besar lagi sebagaimana PRN Sarawak baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pembangkang berjaya menumbangkan BN pada dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.

Beliau berkata, parti pembangkang perlu bersatu menghadapi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi memastikan hasrat untuk menang kedua-dua kerusi parlimen berjaya dicapai.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Umno Bahagian Kuala Nerus ternyata kecewa dengan sikap Mahathir turut menegaskan bahawa kebanyakan pihak sudah hilang rasa hormat terhadap beliau.

Jelasnya, tindakannya yang keluar masuk ke dalam parti Umno sebelum ini juga tidak seharusnya berlaku terhadap seorang tokoh negarawan.

Apatah lagi, Mahathir membina negara selama 22 tahun ketika bersama Umno tetapi tindakannya seolah-olah mahu memusnahkan apa yang telah dibinanya selama berpuluh tahun itu.

“Beliau lupa apabila dipecat dari Umno pada zaman Tunku Abd Rahman, beliau diambil kembali oleh Tun razak, kemudian beliau keluar lagi zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sertai semula pada zaman Najib tetapi keluar lagi kali kedua. Apakah pemimpin begini hendak dijadikan idola atau pemimpin pujaan lagi? Kehebatan Tun M telah hilang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.