Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CALON PRK

Pas sudah ada calon PRK
Mohd Amar
Mohd Amar

TANAH MERAH - Calon Pas untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pun dinilai dan disenarai pendek oleh Majlis Syura Ulamak parti itu.

Ini sekali gus mengesahkan Pas telah membuat keputusan untuk bertanding pada dua PRK berkenaan. 

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan siapa calon daripada tiga nama untuk PRK Sungai Besar dan tiga nama untuk PRK Kuala Kangsar itu yang bakal terpilih, akan diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat, Ahad ini.

Menurutnya, kesemua calon yang tersenarai adalah anak tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mempunyai pelbagai latar belakang yang baik serta berumur antara 40 hingga 60 tahun.

“Calon sudah ditapis oleh Majlis Syura Ulamak dan akan diputuskan Pas Pusat yang dijangka bermesyuarat 22 Mei ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 peringkat negeri, di sini, semalam.

Ditanya kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru, Mohd Amar berkata, parti itu terpaksa menghadapinya walaupun tetap mengharapkan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Keputusan kita (Pas) setakat ini, kita akan bertanding di kedua-dua kawasan. Asasnya, pertama kerana kawasan ini kita telah lama bertanding dan kedua, kita ada akar umbi yang kuat.

“Kalau berlaku tiga penjuru atau empat penjuru, kita terpaksa hadapi dan tengok macam mana. Sebab kita minta parti lain hormati (keputusan Pas bertanding) kerana ini kawasan tradisi (Pas). 

“Dalam kerjasama kita dengan parti pembangkang lain, kita banyak bertolak ansur. Dengan DAP dahulu dan dengan PKR, jadi kita minta parti lain pun bertolak ansur dengan kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun, manakala penamaan calon 5 Jun dan undi awal pada 14 Jun.

Dua kerusi Parlimen itu kosong setelah ahli parlimennya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lalu.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bertanding sj lah tgok keaadaan utk pr yg seterusnya.ia pas pasca pan n 1mdb najib.mungkin ada perubahan pd penerimaan rakyat.jgn samakan semenanjung dgn serawak.org serawak mungkin masih byk yg perlu derma

Anonymous said...

klu dua parti pmbgkang brtanding besar harapan bn akn menang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.