Piala Thomas: Malaysia mara ke separuh akhir
MALAYSIA menepati sasaran ke separuh akhir Piala
thomas selepas menewaskan Taiwan 3-1 pada aksi suku akhir yang
berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, sebentar tadi.
Beregu kedua negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberi mata
kemenangan buat negara apabila menundukkan Chen Hung Lung-Wang Chi Lin
dengan straight set 21-16, 22-20.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan berdepan sama ada Denmark atau Jepun pada aksi separuh akhir esok.
Terdahulu, Datuk Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama negara tidak
berdepan masalah menyumbang mata pertama dengan menewaskan Chou Tien
Chen 21-18, 21-18.
Hasrat untuk menyaksikan pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong meraih mata
kedua tidak kesampaian apabila mereka tumpas kepada Lee Sheng Mu-Tsai
Chia Hsin 16-21, 21-19, 19-21.
Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bagaimanapun kembali
menghidupkan peluang Malaysia selepas mengetepikan Hsu Jen Hao 21-8,
21-13.
0 orang berkata:
Post a Comment