DAP mahu terus bersama Mahathir
KUALA LUMPUR - DAP tidak akan mengorbankan peluang meluaskan pengaruh
politiknya dalam kalangan penyokong BN, hanya kerana kerjasama dengan
Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa membahayakan pembangkang.
Setiausaha Publisitinya, Tony Pua menegaskan, kebimbangan Anwar itu
tidak semestinya berasas sekiranya peluang pembangkang untuk meluaskan
pengaruhnya lebih besar daripada risikonya.
“Walaupun ia tidak sedap didengar, namun adakah ia salah? Bila kita
perlu berkembang dan masuk ke pasaran BN, perkara ini bukan sesuatu yang
buruk.
“Kita (DAP) akan terus kerjasama dengan Tun M,” katanya kepada pemberita, di lobi Parlimen, semalam.
Tony berkata, kebimbangan itu adalah reaksi normal kerana ramai yang
mencurigai usaha negarawan itu untuk mereformasi institusi negara dan
kepimpinan perdana menteri.
“(Keadaan) itu sama seperti Anwar ketika menyertai pembangkang beberapa tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, tanpa kerjasama Mahathir, pembangkang tidak berpeluang untuk berhubung dengan orang-orang penting dalam BN.
1 orang berkata:
Lihatlah PAN.. Di mata DAP, penampilan DSAI sertai pembangkang dulu tidak ada beza dgn penampilan Mahathir sertai pembangkang kini..
Aku tahu PAN pasti tak pedulikan ini semua.. kasihan korang..
Post a Comment