EgyptAir dilapor terhempas di Laut Mediterranean
KAHERAH - MESIR. Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar dilapor
terhempas di Laut Mediterranean awal pagi Khamis, pegawai penerbangan
Mesir dipetik sebagai berkata kepada AP.
Penerbangan 804, dilaporkan hilang pada 2.45 waktu tempatan ketika terbang pada ketingguan 37,999 kaki
Airbus 320 hilang 16 km selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira
280km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean.
Pegawai penerbangan berkata, pesawat terhempas dan carian serpihan kini sedang dijalankan.
"Kemungkinan pesawat terhempas adalah disahkan dan pesawat tidak
mendarat di mana-mana lapangan terbang berhampiran," kata pegawai yang
enggan namanya didedahkan.
Pegawai berkata, isyarat yang diterima dari pesawat dua jam selepas ia hilang dari radar dipercayi adalah isyarat kecemasan.
Pesawat dan kapal tentera Mesir mengambil bahagian dalam operasi mencari di luar pantai Mediterranean bagi mengesan pesawat.
Pesawat membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi
serta 10 anak kapal dan juruterbang mempunyai rekod penerbangan 6,000
jam.
Dalam pada itu, EgyptAir berkata mereka yang berada di atas kapal
termasuk 5 penumpang Perancis, 30 Mesir, seorang warga Britain, dua
rakyat Iraq, seorang warga Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Portugis,
Belgium, Algeria dan Kanada.
Akhbar Al-Ahram memetik seorang pegawai lapangan terbang sebagai
berkata, juruterbang tidak menghantar panggilan kecemasan, dan sentuhan
terakhir dengan pesawat itu dibuat 10 minit sebelum ia hilang dari
radar.
Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di Paris,
Presiden Perancis Francois Hollande bercakap dengan Presiden Mesir
Abdel-Fattah el-Sissi di telefon dan bersetuju untuk bekerjasama rapat
berhubung insiden ini.
1 orang berkata:
informasinya sangat bagus sekali, saya harap besok saya bisa membaca artikel ini lagi
Tips menghilangkan jerawat tanpa operasi
Post a Comment