MEREKA YANG HANYA PANDAI BERPOLITIK SECARA RAKUS TAPI MUFLIS TENTANG KEILMUAN PENGURUSAN MANUSIA, MAKA MEREKA AKAN MENJADI ALAT, BAGAI KUDA TUNGGANGAN, CAKAP PANDAI TAPI BENAK HATI, JADI KALDAI LGI BAIK - Pak Karamu
Deklarasi Rakyat: Pas buat keputusan bijak
KOTA BHARU – Pas membuat keputusan bijak apabila tidak menyertai
Deklarasi Rakyat yang mana selari dengan pesanan yang dikirimkan bekas
ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pendirian Pas
selari dengan Anwar Ibrahim kerana Pas dari awal sudah dapat menghidu
agenda Tun Mahathir Mohamad yang sebenarnya mahu mempertahankan Umno.
“Sebab dia pernah sebut terang-terang, kalau Datuk Seri Najib Tun Razak
kekal jadi perdana menteri, Umno kalah dalam PRU akan datang. Jadi
tujuan Tun M mahu jatuhkan Najib adalah untuk pertahankan Umno, dan itu
bukan agenda kita sebagai pembangkang,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai surat yang ditulis Anwar yang memberi
peringatan terhadap penglibatan pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan
Tun M dalam gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat.
Menurutnya, agenda Pas adalah untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan
datang dan pendirian yang diambil parti itu tidak akan berubah walaupun
pelbagai fenomena baharu muncul dalam politik tanah air.
Beliau juga mendakwa, mereka yang bersama Tun M itu adalah mereka yang
‘bekerja’ bersamanya, sekali gus menyokong usaha mempertahankan Umno
untuk survival parti itu sendiri, bukan demi orang ramai.
“Bagi kita, kalau Datuk Seri Najib kekal, Umno lebih mudah dijatuhkan,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment