Mahathir: Itu pandangan dia, cerita lama
SUBANG JAYA - Enggan mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad menyifatkan ‘warkah dari penjara’ oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang tidak mahu kerjasama Deklarasi Rakyat diteruskan bersama
beliau sebagai satu pandangan peribadi.
“Itu pandangan peribadi dia (Anwar)... itu cerita lama, tak perlu nak
ungkit apa-apa,” ujarnya ringkas selepas majlis dialog anjuran Kesatuan
Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) di Holiday Villa, hari ini.
Mahathir sebelum ini mengakui tidak mustahil masih wujud perasaan
dendam antara dirinya dengan Anwar ketika mereka bersama menerajui
negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bawa keluar surat Anwar dari penjara satu kesalahan]
Bagaimana pun, katanya, tuduhan Anwar mendakwa beliau menggunakan
pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” katanya sebelum ini.
Sementara itu, Mahathir ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan bahawa beliau
merupakan individu yang tidak mengenang jasa Umno.
“Siapa kata saya tak kenang jasa? Saya sebenarnya keluar dari parti
Najib, bukan Umno. Saya juga tak gunakan parti demi kepentingan diri
seperti dia (Najib) lakukan,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment