Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAJU MELAH SUTAK LATANG

Friday, December 18, 2015

Protes ‘Panas’ Ali Tinju - Hampir 20,000 Peserta Hadir


Demonstrasi 'Gerakan Merah' yang didakwa "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu akan berulang di Kompleks Kota Raya pada petang ini tidak menjadi kenyataan seperti yang dirancang.

Sebaliknya, hanya kira-kira 20 orang daripada gerakan tersebut yang hadir.

Pihak penganjur kemudiannya mengantikan protes itu dengan sesi sidang media dengan puluhan anggota polis serta media yang berada di kawasan berkenaan.

Pemimpin gerakan itu yang juga adalah Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom menyalahkan pihak media kerana didakwa memperbesarkan isu pihaknya ingin mengadakan "lawatan" ke kompleks membeli-belah tersebut.

"Bukan nak buat rusuhan. Itu salah. Saya sangkal sekerasnya. Kami tak pernah buat rusuhan dan nyalakan api perkauman dan kami perjuang nasib rakyat yang kecewa yang kena tipu," katanya.

Selain itu, ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengatakan kemungkinan perhimpunan petang ini "panas" seperti di Low Yat, Ali atau dikenali sebagai Ali Tinju berkata:

"Panas? Mana ada panas? Yang panas bila media keliling sekarang ini. Itu yang panas," katanya.

Bela rakyat, bukan gaduh

Ali berkata, kehadirannya pada petang ini hanyalah untuk menegakkan keadilan kepada pengguna yang tertindas oleh peniaga.

Katanya, gerakannya itu akan membela semua pengguna yang tertindas tanpa mengira kaum.

"Saya sebenarnya datang nak berjalan-jalan. Tak terfikir pun nak ke kedai tersebut sebab saya tahu tribunal pengguna dah ambil tindakan.

"Tak ada perkauman. Tak ada pergaduhan. Saya datang nak bela nasib rakyat bukan untuk pergaduhan," katanya lagi.

Sementara itu, Ali juga meminta supaya orang ramai memboikot Kompleks Kota Raya berikutan kejadian melibatkan pelanggan yang dikurung kerana enggan membeli telefon bimbit.

Kursus hormati pengguna

Malah, beliau juga mencadangkan supaya semua peniaga dihantar kursus oleh pihak kerajaan supaya lebih menghormati pengguna.

"Saya minta kerajaan panggil semua peniaga untuk pergi kursus. Supaya mereka tahu bagaimana nak hormat pengguna. Jangan fikir orang hang meniaga ini sudah kaya.

"Saya beri amaran, jika berulang lagi, kami orang Melayu akan bangun dan tentang sekerasnya peniaga Cina dalam Malaysia. Tetapi bukan semua (peniaga Cina), segelintir sahaja yang suka tipu dan belit fakta. Ini salah disisi undang-undang negara," katanya.

Sebelum sidang media itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata kedai di dalam kompleks membeli-belah itu tutup.

Ketika ditanya mengapa kedai di kawasan itu tutup, salah seorang peniaga yang enggan namanya disiar berkata, ia dilakukan kerana mereka "takut".

"Kita tutup sebab baju merah sudah datang," kata lelaki itu ringkas.

Dua hari lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki 'dikurung' di sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian telefon bimbit.

Lelaki tersebut dilaporkan tertarik dengan tawaran membeli sebanyak empat telefon bimbit pada harga RM200 setiap satu tetapi kemudiannya diminta membayar RM10,000.

Tribunal Pengguna

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Alias Ahmad dalam satu kenyataan berkata kes itu dibawa ke Tribunal Pengguna Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Pada keputusannya Selasa lalu, tribunal itu mengarahkan seorang peniaga telefon bimbit untuk memulangkan kembali RM5,000 kepada pengadu.

Katanya, selepas keputusan itu, pengadu bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pergi ke kedai berkenaan untuk membuat tuntutan.

"Peniaga mengembalikan RM5,000 manakala pengadu memulangkan semula empat telefon bimbit,” kata Alias lapor Malaysiakini

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kat klang masa banjir, org umno halau org pas sbb apa entah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.