Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA LAGI KE TAHALUF SIASI DENGAN PKR

Bagi mabuk kepala, PAS jangan runding dengan Pakatan Harapan, PAS hanya boleh runding dengan PKR, Jika PKR  nak runding dengan PAS jangan cakap tentang pembahagian kerusi Pakatan Harapan, itu main silap mata namanya - Pak Karamu
 
 
 
PKR sedia bincang isu agihan kerusi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM – PKR sedia berbincang dengan Pas isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April tahun depan bagi mengelak terjadinya pertembungan tiga penjuru. 
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu bagaimanapun akan turut mengambil kira pandangan parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan.

“Sebenarnya, Pas perlu akui mereka tidak mudah untuk menang di Sarawak dan sebab itulah, jalan terbaik adalah dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kawasan.

“Jika Pas bertanding bersendirian dan berlaku pertembungan tiga penjuru, ia sudah semestinya akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Harapan untuk menang,” katanya.

Rafizi berkata, hal seperti itu juga pasti akan memberi kesan pada tahaluf siyasi Pas dan PKR selepas ini.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, nilai tahaluf siyasi Pas dan PKR sudah semestinya akan dipersoal sekiranya Pas tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan Dun yang mempunyai calon Pakatan Harapan selepas ini.

“Disebabkan itu, saya pasti keputusan sebarang kerusi yang akan ditandingi oleh Pas akan dibawa ke meja perbincangan terlebih dahulu bagi menggelakkan pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee mengatakan parti itu akan bertanding di lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada PRN Sarawak ke-11, termasuk kawasan Dun baharu yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan Pas tidak mempunyai pengaruh di Sarawak, tidak seperti di Semenanjung.

Pada PRN Sarawak ke-10, Pas pernah bertanding di lima kerusi Dun tetapi tewas semuanya.
 

1 orang berkata:

Unknown said...

Biar tewas tp pilihanraya yg baik tanpa ada perasaan dengki antara parti pembangkang.pan hanyalah dedalu yg memusnahkan hubungan pr.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.