Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA BERTERUS TERANG, ATAS TINJAUAN 65%, BN AKAN KALAH PRU 14

Pas tidak rancang wujudkan kerajaan campuran
Idris Ahmad
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa parti Islam itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berhubung kerjasama diadakan dengan Umno memandangkan Pas kini komited bagi bersama dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera.

“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut memandangkan Pas kini komited bersama dengan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, ketua kepada sebuah NGO Melayu Islam mendakwa bahawa Pas dan Umno berkemungkinan akan berkerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14 akan datang.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, Idris memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Ibrahim bukan merupakan sebahagian daripada parti Pas mahupun Umno.

“Sebelum dia nak cakap begitu, dia kena tentukan dulu dia dari parti mana,” katanya.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa Pas akan menyokong Umno sekiranya mereka membawa perkara atau isu-isu yang membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Namun begitu, Idris menjelaskan bahawa Pas juga turut lantang menentang tindakan parti Melayu itu yang membebankan rakyat khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP), Rm2.6 bilion dan sebagainya.

“Apa yang membawa kebaikan kepada rakyat kita sokong namun apa yang membebankan rakyat kita akan lawan.

“Dan saya ingin jelaskan di sini yang tiada sebarang kerjasama lagi antara kedua pihak sehingga kini,” katanya

19 orang berkata:

Anonymous said...

Bn akan kalah sbb pas sudah kacau umno. Pas akan kalah juga sbb umni kacau pas.

Anonymous said...

Cuba terus terang. Sapa suruh seikh hadi pergi tehran pusat segala syiah setan manusia tu? Adakah kaki empat suruh?

Anonymous said...

Ayatolah ali dan ayatolah hadi
Beli sotong dua kati.
Ayatolah syiah nak jumpa hadi.
Mintak sotong dua kati.

Sotong basah dari marang
Sotong kering dari iran
Kalau tuan pergi marang
Mintak sekati kurma iran

Ikang belukang pergi tehran
Sotong kering mazhab syiah
Buat apa lebai gi tehran
Jumpa boss syiah??

Anonymous said...

Dua tiga sotong ngganu
Mana nak sama syiah iran
Asal seikh dari ngganu
Singgah jumpa geng tehran

Beli sotong dua kilo
Bagi sekilo kat syiah
Napa beli 2 kilo
Bagi 10 kilo la kat syiah

Anonymous said...

Pan...pan...patutlah azmin xnk pan ada kt slgr...ah ah

Anonymous said...

Buat berita fitnah utk fitnah org lain...pan...pan

Anonymous said...

Jumpa dgn ikut lain...bkn mcm pan...bkn saja jumpa..tapi ikit telunjuk dap lagi...tolak ruu355...tolakla pan demi dap...sokong jijah jd pm...sokongla pan demi dap...diam psl pokok manggis...terkuncila pan demi dap...bentang ruu baru...bentangla pan demi dap...dap bkn anti islam...pertahanla pan demi dap...haiya

Anonymous said...

Qhardhawi tak suruh gi boss syiah tu. Siapa suruh seikh berpeluk boss syiah??


Jeng jeng jeng

Anonymous said...

Lebai dol jumpak ayotola mintak kerusi

Anonymous said...

Ruu355 tu bentang pun belum, ko dah kata pan tolak plak...otak tarak ka?

Elok ko jadi lembu ikut lebai dol gi tehran. Ko bole duduk ragut rumput kat bawah pokok kurma syiah nun....

Anonymous said...

Bawa sotong pergi iran
Lebai gi tehran

Anonymous said...

Fitnah???
Duduk dlm gua ko ni

Anonymous said...

Lebai pergi iran.
Lebai jumpa org syiah.
Lebai ikut org syiah.



Mana ada beza.
Sama je

Anonymous said...

Qhardhawi menafikan dia suruh malah mengutuk pemergian itu.

Gambar berpeluk dgn ayotola bole tengok internet. Pakkaramu tak post memang la tak de.

Anonymous said...

Pelik la boss syiah iran tu.
Sunni kat syria dia tibai.
Tapi lebai dol dia tak tibai.



Napa agaknya ye?

Anonymous said...

Bagi sotong 2 kilo

Anonymous said...

Majlis COVER LINE LEBAI DOL tentang pemergiannya ke iran syiah akan diadakan pada 23 disember supaya pemergian itu menjadi HALALAN TOYIBAN.

Anonymous said...

Kat malaysia pun lebai dol tak nak berdamai dgn sunni Pan. Tiba2 gi iran nak damaikan syiah dgn sunni.


Ni kes lembu boleh terbang....

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5398] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.