Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TINDAKAN WAJIB DIAMBILSEAGAI PENGAJARAN PADA YANG LAIN

SKMM teruskan siasatan kes Mohd Faiz
SKMM teruskan siasatan kes Mohd Faiz
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (dua, kanan) melihat beberapa kanak-kanak melayari internet selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu hari ini. - Foto Bernama

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan tetap meneruskan siasatan terhadap Mohd Faiz yang dilaporkan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerusi laman sosial Facebooknya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata walaupun Mohd Faiz telah memohon maaf, namun siasatan terhadapnya perlu dilakukan kerana  dipercayai kata-kata tersebut berbaur fitnah.

"Kalau kita lihat di dada akhbar beliau telah memohon maaf, tetapi seperti biasa proses siasatan tetap akan dijalankan kerana perkara itu dah dibuat aduan dan kita akan siasat.

"Kenyataan yang dibuat seolah-olah berbaur fitnah dan sebagainya...proses siasatan akan dilakukan walaupun beliau mengambil tindakan memohon maaf dan sekarang ini proses siasatan masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (Chapu, Felda Mengkawang, Menerong dan Padang Tera) di Kampung Chapu di sini hari ini. 
  
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Pengarah SKMM Wilayah Timur, Md Rusli Ahmad.

Jailani berkata SKMM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu sekiranya didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

"Kita nak beritahu kepada masyarakat bahawa mereka seharusnya bertanggungjawab atas apa sahaja kelakuan yang mereka buat.

"Saya pasti apabila mereka melakukan sesuatu, mereka mungkin mempunyai niat sesuatu terutamanya apabila mereka mengeluarkan kenyataan dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai fitnah peletakan jawatan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Anggota Parlimen Rembau yang menjadi viral, Jailani berkata ia mungkin dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Mungkin ianya dilakukan pihak yang iri hati tentang perpaduan dan kejayaan Umno...saya tidak tuduh mana-mana pihak tetapi saya harap ianya dapat dihentikan kerana lepas satu, satu fitnah berlaku.

"Saya juga telah minta SKMM untuk membantu dari segi siasatan dan teknikal, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati bersalah, kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya. –Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.